E-dagang Angkat Industri Pos Dan Kurier

Laporan/foto : Suhana Mohd Ariffin/Maisarah Mohd Khalid (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 7 Nov (Malaysiaaktif) - Industri pos dan kurier negara telah berkembang pesat dengan adanya pertumbuhan sektor E-dagang di mana kemajuan teknologi canggih hari ini merupakan salah satu faktor utama yang membuatkan industri ini semakin relevan.

Majlis Penghargaan Kakitangan Cemerlang Pos Malaysia sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2019 anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pos Malaysia telah diadakan di Pejabat Mel Johor Bahru pagi tadi bagi membuka mata masyarakat mengenai industri pos dan kurier di negeri ini.

Nur Afifah Badron pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang yang mengikuti Program Experience Learning bersama Pos Malaysia Negeri Johor. Nur Afifah Badron pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang yang mengikuti Program Experience Learning bersama Pos Malaysia Negeri Johor.



Dengan membawa tema 'Inovasi, Integrasi, Inklusi', sambutan Hari Pos Negeri Johor telah dibahagi kepada dua segmen antaranya Program Experimental Learning bersama pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang yang telah berlangsung pada 9 Oktober 2019 yang lalu.

Menurut Nur Afifah Badron yang merupakan pelajar semester 1, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, program Experience Learning bersama pelajar politeknik banyak memberi pendedahan kepada kami untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesi pembelajaran pengurusan mel secara teori dan praktikal malah ia juga berjaya membuka mata para pelajar bagi proses pengurusan mel.

Dzulkefly berharap agar warga Pos Malaysia akan lebih bersemangat dalam meningkatkan prestasi kurier. Dzulkefly berharap agar warga Pos Malaysia akan lebih bersemangat dalam meningkatkan prestasi kurier.



“Saya percaya program Experience Learning yang dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad Negeri Johor banyak memberi manfaat kepada para pelajar dalam pengurusan mel yang mana tidak semua orang berpeluang mendapat pengalaman berharga seperti kami,” ujarnya lagi.

Manakala pada hari ini, Majlis Perhargaan Kakitangan Cemerlang Pos Malaysia telah diadakan bagi menghargai jasa, sumbangan dan meraikan kakitangan cemerlang Pos Malaysia Negeri Johor yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Sr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berharap agar warga Pos Malaysia akan lebih bersemangat dalam meningkatkan prestasi kurier di Malaysia yang masih menjadi pilihan masyarakat pada hari ini.

Industri pos dan kurier negara telah berkembang dengan pesat dengan adanya pertumbuhan sektor E-dagang. Industri pos dan kurier negara telah berkembang dengan pesat dengan adanya pertumbuhan sektor E-dagang.



"Teruskanlah legasi ini dengan cemerlang dan jalankan tugasan harian dengan penuh dedikasi agar dapat menjaga nama baik organisasi dan industri pos," katanya lagi.

Pengarah Pos Malaysia Berhad Negeri Johor, Mahfidz Omar berkata industri pos dan kurier ini dapat memupuk kesedaran terhadap peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan pos dalam kehidupan seseorang.

"Perkhidmatan pos telah wujud 200 tahun dahulu oleh Jabatan Perkhidmatan Pos yang telah dikorporatkan pada 1 Januari 1992.

“Pelanggan perlu menjadikan Pos Malaysia sebagai rangkaian pilihan mereka serta pihak Pos Malaysia Negeri Johor akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, ahli perniagaan dan pemegang saham,” tambahnya lagi.

Pos Malaysia berhasrat menghubungkan Malaysia dan dunia tanpa sempadan untuk hari ini dan masa depan secara tidak langsung memainkan peranan penting kepada sebahagian daripada masyarakat setiap hari bagi menyediakan haluan dan peluang masa hadapan.

Selain itu, Pos Malaysia juga menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terulung kepada pelanggan kerana setiap pelanggan mempunyai cita rasa pilihan yang berbeza serta sering berubah-ubah dan mencabar.

Dalam kemajuan hari ini, sektor E-dagang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan pos sekaligus mampu memastikan agar industri pos dan kurier akan terus relevan seiring dengan kemajuan teknologi yang bergerak pantas serta mampu dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor.
-NI-