YaPIEM Komited Bantu Golongan B40

Laporan/foto: Municca Kiat(Lahad Datu)


LAHAD DATU, 8 Nov (Malaysiaaktif) - Seramai 100 orang golongan B40 di Lahad Datu menerima bantuan barangan keperluan asas rumah melalui Program Foodbank anjuran Yayasan Penbangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Lahad Datu.


Ketua Jabatan Komuniti YaPIEM Sabah, Mohd Khairi Ismail berkata Yapiem sedang berusaha membantu golongan B40 dengan menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas barangan rumah.


"Selain program foodbank ini, akan ada lagi program yang YaPIEM adakan diseluruh negara.


"Saya berharap bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban seramai 100 orang penerima yang terdiri daripada golongan B40 khususnya di Lahad Datu.




Mohd Khairi ketika menyampaikan ucapan Mohd Khairi ketika menyampaikan ucapan


"Di Sabah sahaja YaPIEM akan begerak ke seluruh 25 daerah," katanya.
Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu, Irwan Iskandar diadakan di Dewan Arena Belia Kementerian Belia dan Sukan Lahad Datu, pada khamis.


Irwan berharap agar program foodbank 1.0 ini diteruskan lagi ke program 2.0 seterusnya supaya golongan B40 sentiasa menikmati keistimewaan yang ada.


"lni merupakan inisiatif yang baik dalam mengurangkan kadar ketidakmampuan disini, rata-rata individu golongan B40 yang menerima sumbangan daripada Yapiem amat menghargai sumbangan tersebut.


"Kami berharap agar ada lagi pihak yang tampil untuk membantu mereka untuk meringankan beban,"katanya.


Sumbangan yang berupa barangan asas keperluan rumah terdiri daripada beras 10Kg, minyak masak dan makanan kering .


Hadir sama, Pengurus Kompleks Sukan Lahad Datu, Mohd Nazri Abdullah


ER