Bengkel Pameran Amri Ginang Tingkatkan Teknikal Pelajar, Kakitangan UMS

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat(Kota Kinabalu)


KOTA KINABALU, 8 Nov (Malaysiaaktif) - Bengkel Pameran dan Fotografi Kembara Potret Amri Ginang merupakan satu usaha dalam meningkatkan pengetahuan teknikal serta kemahiran menggunakan kamera dalam kalangan pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) .




Jalihah(dua dari kiri) mendengar penjelasan Amri mengenai karya bertajuk Herman, Bajau Horseboy. Jalihah(dua dari kiri) mendengar penjelasan Amri mengenai karya bertajuk Herman, Bajau Horseboy.


Menurut Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap, dalam dunia yang serba moden ini, penggunaan kamera sama ada menerusi penggunaan kamera profesional seperti DSLR (Digital Single Lens Reflex), atau penggunaan kamera telefon pintar seakan keperluan ruji.


"Setiap dari kita suka merakam detik-detik indah yang berlaku dalam hidup, makanan yang dimakan, masakan yang dimasak, sukan yang dilakukan, semuanya kita rakam dalam bentuk foto atau video, yang kemudiannya, kita muat naik menerusi media sosial.




Suasana ketika bengkel dijalankan. Suasana ketika bengkel dijalankan.


"Maka, bengkel dan pameran hari ini
sangat sesuai dan boleh memberi manfaat kepada semua.


"Matlamat bengkel yang utama, selain daripada meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal, adalah untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan galakan terutamanya kepada pelajar untuk menggunakan masa dengan produktif sementara menunggu pelawaan kerja di sektor kerajaan mahupun swasta.




Amri merakamkan foto bersama peserta bengkel yang diadakan pada pagi hari yang sama Amri merakamkan foto bersama peserta bengkel yang diadakan pada pagi hari yang sama


"Ini juga merupakan satu usaha dalam menangani isu graduan tidak mendapat peluang pekerjaan, sebaliknya, mereka mampu membina atau mencipta peluang pekerjaan sendiri menerusi karya fotografi," jelasnya.


Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa UMS, Dr Jalihah Md Shah pada majlis anjuran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan serta Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS.




Antara pengunjung yang hadir pada majlis perasmian galeri Amri. Antara pengunjung yang hadir pada majlis perasmian galeri Amri.


Tambahnya, bengkel tersebut akan memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan kakitangan dan pelajar menerusi kemahiran menghasilkan foto, teknik ambilan serta menghasilkan foto yang berkualiti.


"Ini adalah di luar tugas hakiki kakitangan UMS, dan juga, di luar bidang pembelajaran pelajar, namun ia boleh memberi manfaat kepada pelajar dan kakitangan sendiri.




Amri menunjukkan buku yang menyimpan koleksi potret yang dirakamnya kepada media. Amri menunjukkan buku yang menyimpan koleksi potret yang dirakamnya kepada media.


"Maka, pelajar dan kakitangan haruslah mengambil peluang ini demi faedah pembangunan kerjaya dan diri sendiri.


"Meskipun begitu, ilmu yang dipelajari pada hari ini perlu dipraktikkan kerana, ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. Di samping itu, Pameran Fotografi Kembara Potret Amri Ginang turut diadakan untuk memperkenal, mempamer dan menghargai karya Amri Ginang.




Antara pengunjung yang hadir pada majlis perasmian galeri Amri. Antara pengunjung yang hadir pada majlis perasmian galeri Amri.


"Saya percaya, dengan usaha ini, ia dapat meningkatkan kesedaran kita semua untuk menghargai setiap karya yang dihasilkan oleh juru foto,"katanya.


Harapannya, menerusi pameran ini, pelajar dan kakitangan boleh mendapatkan idea dalam menghasilkan karya sendiri dan seterusnya mencipta nama di persada dunia fotografi.


ER