UKAS Johan Pertandingan Boling 'Media Engagement'

Laporan/foto: Nuratirah  Abdullah / Wirwan & Jaed (Kuching)


KUCHING, 18 Nov (Malaysiaaktif) - Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)  merangkul Johan dalam Pertandingan Boling ' Media Engagement' 2019, Boling Bersama Media anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Megalanes Batu Kawa di sini, semalam.


Majlis penyampaian hadiah para pemenang telah disempurnakan  oleh Timbalan Ketua Pengarah  Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Mohd Sukari  Abdul Hamid.


UKAS menjadi Johan dengan jumlah jatuhan pin terbanyak iaitu 1773 pin manakala Utusan Borneo  mendapat mendapat tempat Kedua dengan jatuhan pin sebanyak 1416 pin  dan tempat ketiga pula berjaya dirangkul oleh Borneo Post dengan jatuhan pin 1394.




Datuk Sukari Ab Hamid menyempurnakan gimik perasmian Datuk Sukari Ab Hamid menyempurnakan gimik perasmian


Selain itu, Shahraza (UKAS) terpilih sebagai 'Male Bowler' dengan jatuhan pin sebanyak 516 pin  dan Siti Zubaidah Bujang (UKAS)  dinobatkan sebagai 'Female Bowler ' dengan jatuhan 413 pin.


Program 'Media Engagement ' pada kali ini menerima penyertaan sebanyak 17 pasukan.


Antara pasukan yang bertanding adalah Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), BERNAMA Sarawak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Sarawak (SKMM), UKAS, Astro Awani, TV Sarawak, United Dailly News, International Times, News Strait Time, Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua Daily dan Suara Sarawak.




Siti Zubaidah dan Shahraza menerima hadiah sebagai 'Female Bowler' dan 'Male Bowler'. Siti Zubaidah dan Shahraza menerima hadiah sebagai 'Female Bowler' dan 'Male Bowler'.


Objektlf  penganjuran program 'Media Engagement'  bertujuan untuk membina dan memperkukuhkan kerjasama  antara para pengamal media dengan Jabatan Penerangan sebagai  rakan kongsi strategik terutamanya di Negeri Sarawak.


Selain itu, ia bertujuan untuk memberi nilai tambah  dalam perkongsian dan pemasaran maklumat.


Pertandingan boling telah bermula pada pada jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang.


Majlis penyampaian hadiah dan Majlis makan Malam bersama media pula diadakan pada sebelah malam di Megalanes Batu Kawa.


Turut hadir  Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) Jabatan Penerangan Malaysia Dr Haniff Hassan, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Ali Suhaili, wakil Agensi KKMM dan  rakan media.