PMR Alor Gajah Rangkul Tempat ke-2 Wow Factor

Laporan/foto: Nurhasnani Abdul Wahab (Melaka)

MELAKA, 18 Nov (Malaysiaaktif) - Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Alor Gajah telah memenangi tempat kedua Wow Factor dalam Pertandingan PMR Champion yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.


Pertandingan melibatkan 14 PMR seluruh negara itu adalah pengiktirafan kepada semua PMR yang menjadi nadi penghubung rakyat di setiap daerah.


Menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina [email protected] Rashid, PMR Alor Gajah aktif dengan program turun padang Outreach PMR dikenali sebagai PMR AG Zoomers mendorong kepada kejayaan memenangi tempat ke- 2 Wow Factor.




Salina ketika berucap di Program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat Alor Gajah Bersama Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Negeri Melaka. Salina ketika berucap di Program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat Alor Gajah Bersama Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Negeri Melaka.


"PMR AG Zoomers sering mengadakan aktiviti di lokasi tumpuan ramai seperti stesen perhentian bas, sekolah, pusat membeli belah, program kerajaan dan banyak lagi dalam mempromosikan produk-produk Jabatan dan memasarkan maklumat secara santai,"ujarnya.


Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim berkata pelaksanaan aktiviti dan program mereka dimantapkan melalui jaringan kerjasama baik dengan agensi lain seperti Pejabat Daerah, PDRM, Pejabat Pendidikan, KWSP, Tabung Haji, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Belia dan Sukan, Pejabat Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan, IPTA/S, Sekolah-sekolah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Daerah Alor Gajah.


"Semangat berpasukan yang tinggi menjadi tunjang kekuatan krew PMR AG Zoomers dalam sesuatu tugasan mereka yang turut aktif di media sosial. Usaha dan penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti dan inisiatif ini melayakkan PMR Alor Gajah merangkul Tempat Kedua Anugerah Wow Factor PMR Champion pada tahun 2019,"ujar Rizal.


Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia, Shakib Ahmad Shakir.


-KN