BERNAS Sumbang RM40,000 Kepada Surau Al-Hidayah Kota Marudu

Laporan/foto: Fauzrina Bulka & Matfazly Mat Kasim/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA MARUDU, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melalui Beras Corporation Sdn Bhd (BCSB) telah memperuntukkan lebih RM40,000 untuk membaik pulih surau, pemberian wang zakat kepada 50 keluarga asnaf serta sumbangan kotak makanan kepada lebih 100 ketua keluarga di Kampung Salimandut, di sini.

Ketua Jabatan Operasi Malaysia Timur (Sabah) BCSB,  Jasnih Haji Daya berkata mereka menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, 100 buah kotak makanan dan juga 150 buah beg sekolah.

Jasnih (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan. Jasnih (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan.



Kos yang disampaikan adalah susulan bagi peruntukan RM100,000 yang diterima di bawah program sama pada tahun lepas untuk pembangunan semula Masjid Al Hidayah di Kg Takulung di Kota Belud dan Surau Al Hidayah.

“Kemudian pada tahun ini, BERNAS yang juga merupakan syarikat yang bertindak sebagai Single Gatekeeper industri padi dan beras negara kembali di sini untuk terus memberi bakti serta sumbangan kepada mereka yang memerlukan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) IKHLAS Komuniti.

 Jasnih merakamkan gambar kenangan bersama penerima beg sekolah sambil diperhatikan oleh Ahmad Syakir (tengah). Jasnih merakamkan gambar kenangan bersama penerima beg sekolah sambil diperhatikan oleh Ahmad Syakir (tengah).



"Mengambil berkat sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini, kami juga mengambil kesempatan bertemu dan bermesra dengan komuniti, khususnya jemaah Surau Al Hidayah di Kampung Salimandut," ujarnya ketika ditemui ketika program CSR di Surau Al Hidayah, pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS, Ahmad Syakir  berkata program seperti ini merupakan salah satu pendekatan svarikat untuk bersama-sama komuniti khususnya yang berada di Malaysia Timur.

Penyampaian sumbangan BERNAS oleh Ahmad kepada Surau Al-Hidayah yang diserahkan kepada Imam Masjid. Penyampaian sumbangan BERNAS oleh Ahmad kepada Surau Al-Hidayah yang diserahkan kepada Imam Masjid.



“Semestinya BERNAS berada teguh di dalam industri selama 25 tahun adalah kerana sokongan yang diberikan oleh orang ramai. Sehubungan itu, penganjuran program seperti ini merupakan tanda terima kasih BERNAS kepada mereka.

"Hari ini, kami bersama-sama surau Al Hidayah turut menganjurkan program Kenduri Sekampung, di mana lebih 30 anggota kerja BERNAS dan BCSB dari Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu, bergotong-royong sejak awal pagi bagi menyediakan makanan tengah hari dan menunaikan solat Zohor bersama penduduk kampung," kata Ahmad Syakir.

Sebahagian penerima bantu ceria dapat menerima bantuan. Sebahagian penerima bantu ceria dapat menerima bantuan.



Dalam pada itu, Imam Kariah Surau Al – Hidayah, Abdul Halim Hazlee Ondu Abdullah merakamkan penghargaan atas usaha BERNAS membangunkan semula surau Al- Hidayah yang telah dibina sejak  1983.

“ Saya berharap dengan usaha yang dilaksanakan oleh BERNAS ini, surau Al-Hidayah dapat berfungsi dengan berkesan selaras dengan kehendak dan tuntutan agama dengan menjadikannya sebagai pusat perkembangan ilmu dan pembangunan insan,”ujarnya.

Sebahagian jemputanyang hadir pada program tersebut Sebahagian jemputanyang hadir pada program tersebut



Surau Al Hidayah yang dibangunkan pada tahun 1983 mula dikenali sebagai Surau Singgahmata. Selepas dibaikpulih oleh BERNAS, surau tersebut boleh memuatkan lebih kurang 100 orang pada satu masa.

Penerima bantuan Nolmon Bikal, 41 merakamkan ucapan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh BERNAS.

Nolmon gembira menerima sumbangan tersebut. Nolmon gembira menerima sumbangan tersebut.



Bapa kepada 7 orang anak yang bekerja sebagai pemandu bas bersyukur kerana dengan bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban menyediakan barangan peralatan untuk anak yang masih bersekolah.

Manakala Petani Sawah Fandy Baua, 23 turut bersyukur atas bantuan yang diberikan dan berharap agar program seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa.

 Fandy turut merakamkan terima kasih. Fandy turut merakamkan terima kasih.



Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS Ahmad Syakir Shahrom serta lebih 30 anggota kerja BERNAS yang turut serta dalam program tersebut.

ER