Revolusi Industri 4.0 Bakal Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Awam

Laporan/ foto: Haniza Harun/ Facebook Rasmi JPA Malaysia (Melaka)

MELAKA, 18 Nov (Malaysiaaktif) - Kerajaan Negeri Melaka bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan Program Pengurusan Perubahan Digital Government Competency And Capability Readiness (DGCCR) Zon Selatan Tahun 2019 bertempat di Bayou Lagoon Convention Centre yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan, baru-baru ini.


Menurut Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Azlina Rahman, "Penganjuran program ini adalah untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital pegawai awam pada setiap peringkat dalam usaha untuk memberikan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat dan meningkatkan tahap kesedaran, penerimaan dan pemahaman terhadap kepentingan pelaksanaan inisiatif DGCCR di agensi masing- masing.”


Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hashim Hassan, berkata perkembangan teknologi dan trend semasa menunjukkan ledakkan digital dalam sistem penyampaian dan ini merupakan aspek yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak.


"Kepentingan persediaan Industri Revolusi 4.0 telah dinyatakan dalam Tonggak 1 iaitu mereformasikan tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan perkhidmatan awam. Tindakan akan menjurus ke arah menghapuskan pertindihan kerja dan kerenah birokrasi serta mempercepatkan perkhidmatan.


"Cetusan perubahan dan transformasi digital dalam sektor awam memerlukan penglibatan dan komitmen daripada semua pihak, itulah hasrat yang cuba disampaikan oleh JPA melalui perlaksanaan DGCCR iaitu mewujudkan perkhidmatan awam yang future proof bagi menghadapi keperluan future of works,” ujarnya.




Azlina Rahman selaku modaretor mengendalikan forum bersama ahli-ahli panel jemputan. Azlina Rahman selaku modaretor mengendalikan forum bersama ahli-ahli panel jemputan.


-KN