IPDAS Kudat Peneraju Pendidikan Tinggi Mualaf

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Nadia Lawaji (Kota Kinabalu)

KUDAT, 18 Nov (Malaysiaaktif) - Pihak barisan tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju bahawa IPDAS Kampus Kudat akan menjadi peneraju pendidikan tinggi mualaf dengan melaksanakan program persijilan kemahiran menggunakan Malaysia National Occupation Skills Standard (NOSS) diakreditasikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Ahmad Musadad Haji Sulaiman. Ucapan Perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Ahmad Musadad Haji Sulaiman.



Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim beliau menyokong penuh usaha barisan kepimpinan IPDAS yang telah mengorak langkah membangunkan hala tuju Institut tersebut untuk lima tahun yang akan datang dengan matlamat untuk menjadi peneraju pemberi pendidikan tinggi Islam dan mualaf di peringkat nasional.

“Selain itu, saya juga mencadangkan bahawa program Sijil Asas Pengajian Islam dan Dakwah (SAPID) ini dapat dikembangkan dan dilaksanakan secara berkembar dengan masjid-masjid utama dan daerah di seluruh negeri Sabah bagi memastikan para mualaf yang baharu memeluk Islam mendapat pendidikan asas Islam secara formal.

Shafie Ranlee menerima Anugerah Ketua Pengarah JAKIM Shafie Ranlee menerima Anugerah Ketua Pengarah JAKIM



“Adalah diharapkan program ini mendapat pertimbangan dan kerjasama penuh daripada pihak kerajaan negeri terutama melalui Jabatan Hal Ehwal Agama lslam Negeri Sabah (JHEAINS) yang merupakan rakan strategik utama IPDAS,”ujarnya.

Teks ucapan beliau di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Ahmad Musadad Sulaiman ketika merasmikan Majlis Graduasi IPDAS Kampus Kudat di dewan serba guna IPDAS pada isnin.

Iskandar Dzulkarnain Fernandez Abdullah menerima Anugerah Pengarah IPDAS. Iskandar Dzulkarnain Fernandez Abdullah menerima Anugerah Pengarah IPDAS.



Mohamad Nordin berpandangan bahawa IPDAS khususnya Kampus Kudat bukanlah sekadar menjadi pusat akademik semata-mata bahkan perlu menjadi pusat pengembangan ilmu-ilmu Islam (Islamic One Stop Centre) kepada masyarakat sekitar yang beragama Islam atau bukan beragama lslam.

“Perkara ini boleh dizahirkan melalui program-program kuliah dan pengajian di Surau IPDAS Kudat atau melalui kursus-kursus, seminar atau aktiviti yang bersesuaian bagi menyantuni, mengharmoni serta mengukuhkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nurshazalika Zail menerima Anugerah Pengarah IPDAS kategori wanita. Nurshazalika Zail menerima Anugerah Pengarah IPDAS kategori wanita.



“Dalam siri Jelajah Kembara Rahmah ke Kudat dan Pulau Banggi pada 4-6 Oktober yang lalu, saya telah berkesempatan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat dan memberikan penjelasan secara langsung berkenaan dengan dasar kerajaan persekutuan khususnya JAKIM.

“Saya juga telah mencadangkan agar IPDAS Kampus Kudat dapat membantu menyediakan program-program pengajian kepada guru-guru KAFA dan guru-guru TAKMIR dalam usaha untuk
mengukuh kan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat tempatan.

Becker Bregner John , pelatih mualaf yang selamat bergraduasi. Becker Bregner John , pelatih mualaf yang selamat bergraduasi.



“Pada saya, kefahaman lslam akan mudah dilaksanakan jika pendakwah dan guru-guru adalah di kalangan orang tempatan itu sendiri dengan menggunakan bahasa etnik yang tentunya amat memahami adat dan budaya dengan penuh rahmah atau kasih sayang,”kata Mohamad Nordin.

Saya amat menaruh harapan yang tinggi agar kecemerlangan ilmu dan kemantapan iman yang memancarkan kegemilangan sahsiah ini terus digilap dalam mencapai nikmat hidup kerana ia menjadi tujahan penting dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan ummah.

Shaqirah Malaysia, pelatih mualaf yang selamat bergraduasi. Shaqirah Malaysia, pelatih mualaf yang selamat bergraduasi.



Seramai 181 daripada 200 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian selama setahun di kampus ini dan dianugerahkan SAPID yang mana 45 orang daripadanya merupakan saudara baharu dari kawasan pedalaman yang terdiri daripada bumiputera Sabah seperti Dusun, Bajau, Iranun, Rungus dan banyak lagi.

Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Samsuni Mohd Nor; Pengarah IPDAS Sabah, Mohamad Zamri Mohamed Shapik; Pegawai Daerah Kudat merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Graduasi IPDAS Kampus Kudat 2019, Sapdin lbrahim dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (Institut Profesional Baitulmal), Dato' Haji Razali Bin Shahabudin.

ER