I-BITA Bantu Pelajar Ke Institusi Pengajian Tinggi

Laporan/ foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 19 Nov (Malaysiaaktif) - Pembangunan modal insan adalah amat penting dalam menjadi pemangkin pembangunan negeri dan negara di masa hadapan.

Justeru itu, kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus memberi tumpuan terhadap perkara ini dan akan terus memberi sumbangan seperti mana yang telah dimaklumkan sebanyak RM4 juta disediakan dalam Belanjawan 2020 bagi program pembangunan modal insan, kata Chow Kon Yeow.

Majlis Penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT Majlis Penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT



Chow Kon Yeow yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang telah merasmi Majlis Penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (i-BITA) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di SP Arena Seberang Jaya.

Seramai 543 orang penerima daripada daerah ini hadir bagi menerima bantuan ini.

Semakan dan penyerahan cek bantuan kepada penerima oleh pihak urusetia Semakan dan penyerahan cek bantuan kepada penerima oleh pihak urusetia



Menurut beliau lagi, kerajaan negeri telah berkenan untuk memberi bantuan sebanyak RM1000 bagi IPT di Semenanjung, RM1200 bagi Sabah dan Sarawak dan RM300 bagi peringkat Politeknik.

Beliau berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu bapa dan pelajar bagi menguruskan kos kemasukan anak-anak ke IPT.

Penerima I-BITA bergambar bersama Ketua Menteri dan tetamu kehormat Penerima I-BITA bergambar bersama Ketua Menteri dan tetamu kehormat



Beliau juga berharap pelajar-pelajar yang telah menerima bantuan ini dapat pulang berkhidmat kepada Negeri ini selepas tamat pengajian nanti.

Turut hadir pada majlis ini adalah Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Kamarul Haizal Koderat.

-II-