Anak Kecil Duta Perpaduan Negara

Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

PAYA RUMPUT, 19 Nov (Malaysiaaktif) - Karnival Semarak Perpaduan Meraikan Kebudayaan sempena Sambutan Deepavali Peringkat Daerah Melaka Tengah telah diadakan di Taman Paya Rumput Permai baru-baru ini.


Program anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Induk Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) Daerah Melaka Tengah dan dihoskan oleh JPKRT Zon 3 Parlimen Tangga Batu telah berjaya menarik minat ramai murid tadika dan kanak-kanak di Daerah Melaka Tengah untuk turut sama menjayakan program ini.




Gimik Perasmian yang disempurnkan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Melaka. Gimik Perasmian yang disempurnkan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Melaka.


Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Melaka, Habibah Jaafar, program seumpama ini perlu terus dilaksana dan perlu melibatkan semua pihak, tanpa mengira kaum, bangsa dan keturunan terutama anak-anak tadika kerana mereka merupakan duta sebenar yang akan memastikan keharmonian serta perpaduan negara akan terus diwarisi oleh generasi akan datang.


Tambahnya lagi, antara objektif penganjuran program ini adalah sebagai medium penyatuan masyarakat di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan meraikan kepelbagaian di samping simbolik sempena sambutan Deepavali peringkat Daerah Melaka Tengah, katanya yang turut merasmikan program ini mewakili Ketua Menteri Melaka.


Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah dilaksanakan melibatkan seluruh jentera perpaduan merangkumi acara pertandingan Kolaj Kanak-kanak Tadika dan Beyblade Tunas Jiran, Pertandingan Sepak Takraw Jiran Muda, Pertandingan Kolum dan Penyediaan Aneka Minuman Jiran Wanita, demonstrasi masakan pelbagai kaum, demonstrasi memadam kebakaran, pemeriksaan kesihatan dan pameran agensi kerajaan


Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Melaka Tengah,  Nadiatul 'Ain Md Saharif , Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Paya Rumput Permai, Ganes AL Rethanam yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan KRT Zon 3 Parlimen Tangga Batu, Datuk Haron Mohd Dom Pengerusi Permuafakatan KRT Zon 2 Daerah Melaka Tengah serta Pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Kishore Raj.


-KN