Ahli Kelab Malaysiaku Diraikan

Laporan /Foto:  Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 19 Nov (Malaysiaaktif) - Seramai kira-kira 60 pelajar, guru serta pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau diraikan dalam Majlis Penghargaan Ahli Kelab Malaysiaku Daerah Rembau telah diadakan di Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau, di sini semalam.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah sebagai tanda penghargaan daripada Pejabat Penerangan Daerah Rembau kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktivit Kelab Malaysiaku sepanjang tahun 2019.

Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunus, kesemua ahli Kelab Malaysiaku memberi kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah.

WhatsApp Image 2019-11-19 at 10.11.01 Sebahagian ahli Kelab Malaysiaku bersama penyelaras.



“Terdapat empat buah sekolah yang mempunyai Kelab Malaysiaku di Rembau ini, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sedia Raja, SMK Datuk Abdulah, SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Hj Sail dan SMK Agama Haji Mohd Yatim, kesemuanya mempunyai komitmen yang baik dengan Pejabat Penerangan Daerah dan diharapkan pada tahun hadapan kerjasama ini akan diteruskna dengan lebih baik.” katanya ketika ditemui.

Disamping itu, majlis tersebut turut meraikan kakitangan pejabat pendidikan yang bertukar tempat bertugas dan dinaikkan pangkat yang selama ini banyak membantu dalam menjayakan program-program Kelab Malaysiaku anjuran Pejabat Penerangan Daerah Rembau pada tahun  2019.

Majlis dirasmikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Azizan Marzuki, turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Shabli Arshad.

-AK