Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

Laporan/foto : Haliza Mohd Taib/Norman Buang (Muar)

MUAR, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Keperibadian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang begitu prihatin, sentiasa mengambil berat dan kasih kepada rakyat menjadikan baginda amat disayangi rakyatnya dan ini secara tidak langsung membuktikan betapa kukuhnya simpulan ikatan ukhuwah antara raja dan rakyat di negeri ini.

Baru-baru ini Sultan Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke daerah Muar bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Johor, yang bermula pada 22 hingga 24 November 2019.

Sultan Ibrahim melawat sekitar kampung dengan menaiki kenderaan ATV. Sultan Ibrahim melawat sekitar kampung dengan menaiki kenderaan ATV.



Baginda telah berkenan meluangkan masa bersarapan pagi bersama-sama masyarakat setempat di Warung Rahim Port Ngeteh, Batu 16, Air Hitam pada hari terakhir lawatannya.

Menariknya, baginda turut  berkenan mencuba kenderaan All-Terain Vehicle (ATV) bermula dari warung tersebut menuju ke beberapa buah kampung sekitar seperti Kampung Parit Haji Anuar, Kampung Parit Kemin dan berakhir di Tapak Litar ATV, Parit Tadah 5.

Baginda turut berkenan mengecat pagar dinding dan surau di Kampung Parit Kemin. Baginda turut berkenan mengecat pagar dinding dan surau di Kampung Parit Kemin.



Baginda turut menyantuni dan mengeratkan kemesraan bersama rakyat dengan menyertai aktiviti seperti mengecat pagar dan dinding surau, memetik buah nanas serta bersama-sama menyediakan telur pindang dan bubur lambuk yang dimasak secara beramai-ramai.

Di samping itu, Sultan Johor juga berkenan menyempurnakan flag-off  bagi perlumbaan ATV "[email protected]" di Litar ATV Parit Tadah 5 yang telah disertai oleh seramai 30 orang peserta.

Hubungan Sultan Ibrahim dengan rakyat Johor amat erat dan mesra. Hubungan Sultan Ibrahim dengan rakyat Johor amat erat dan mesra.



Selesai menyaksikan acara ATV Challenge [email protected], baginda telah berangkat ke Istana Johor Bahru dengan melalui jalan lama, iaitu Jalan Muar-Parit Sulong.

Lawatan pada kali ini menyaksikan kesungguhan baginda dalam mendekati  rakyatnya bagi memastikan kebajikan mereka terjaga dengan baik.


-NI-