Pemulihan Carakerja dan Fisioterapi Bantu Pesakit Saraf Jalani Kehidupan Lebih Berkualiti

Laporan/foto: Siti Asmah Mat Ali (Hospital Kulim)

KULIM, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan Pemulihan Carakerja dapat menggalakkan orang ramai mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kehidupan seharian untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kehidupan mereka.

Timbalan Pengarah III Hospital Kulim Nurul Akmal Hamzah, berkata sesetengah daripada kita menerajui kehidupan seharian tanpa disedari berlakunya kepincangan dalam salah satu komponen tersebut.

“Dengan tidak keseimbangan ini ia akan membawa kepada ketidakupayaan dalam potensi diri dan di sini peranan Jurupulih Carakerja diperlukan, di mana mereka dapat memberi perkhidmatan penilaian dan intervensi awal kepada individu yg memerlukan,” katanya ketika ditemui sempena program Sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Occupational Therapy Day Peringkat Hospital Kulim, di sini hari ini.

Pengunjung bergambar kenangan sempena sambutan program tersebut, di sini. Pengunjung bergambar kenangan sempena sambutan program tersebut, di sini.



Sementara itu Jurupulih Perubatan Carakerja Nurul Hudda Mohd Nor, 33, menyatakan pemulihan cara kerja ialah menggalakkan pesakit hidup berdikari secara optimum dalam pekerjaan dan aktiviti kehidupannya walaupun mengalami keterbatasan dalam pergerakkan fizikal dan juga mental.

Rosmiza Kassim 42, suri rumah dan juga ibu kepada seorang pesakit saraf menceritakan ketika berumur 12 tahun, anaknya sudah mula dikesan mengidap sakit saraf dan penyakit itu bertambah teruk sewaktu berusia 13 tahun yang menyebabkan dia berkerusi roda sehingga kini.

“Dari tarikh anak saya dikesan mengidap sakit saraf sampai ke hari ini, saya kosisten membawa anak ke hospital ini bagi mendapatkan rawatan pemulihan cara kerja bagi memastikan anak saya sekurang-kurangnya dapat meneruskan hidup seperti biasa dan saya berhadap agar satu hari nanti dia akan pulih semula,” ujar ibu ini penuh berharap.

-SH