PPD Alor Gajah Gondol Dua Kategori Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Melaka

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain/ Nur Fariza Farnoh  (Alor Gajah)

AYER KEROH, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah menggondol dua kategori anugerah iaitu Pengendali Media Sosial Terbaik dan Anugerah Pengurusan Isu Terbaik pada Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Negeri Melaka bagi tahun 2019 telah berlangsung di Seri Chendana Ballroom, Ayer Keroh, di sini kelmarin.


Program tahunan ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf pegawai-pegawai jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019 dan memberi impak positif kepada Jabatan Penerangan Negeri Melaka.


Menurut Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim budaya inovasi hendaklah diamalkan oleh setiap anggota Jabatan Penerangan dalam memastikan usaha menyampaikan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan terus relevan.


"Kita tidak boleh lagi mengikut cara seperti orang terdahulu dalam menjalankan tugas penerangan dan perlu berubah mengikut edaran masa untuk mendekati masyarakat.


“Setiap kakitangan perlulah terus berinovasi untuk mencapai sasaran, dan penggunaan teknologi dan media baharu seharusnya dipertingkatkan bagi menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan hari ini," ujarnya.


Manakala bagi Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina [email protected] Rashid, kejayaan hari ini adalah hasil usaha gigih semua kakitangan yang bekerja keras bagi memastikan setiap yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan sempurna.


"Saya amat berbangga dengan anak-anak buah saya yang sentiasa memberi sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas yang diberi. Mereka sebenarnya nadi kepada kejayaan malam ini (kelmarin). Moga kecemerlangan ini menyuntik lagi semangat kami untuk terus berjaya," jelas Salina.


Penerima- penerima anugerah antaranya Peningkatan Like Media Sosial Terbaik (Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah), Anugerah Juru Audio Visual Terbaik (Muhd Izhar Madsah), Anugerah Aktivis Jabatan Terbaik (Nurhasnani Abd Wahab dan Norhidayah Hassim), Anugerah Kehadiran Terbaik (Fadillah Abd Latif) dan Anugerah Khas Pengarah (Muhd Fandy Azam).




Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Negeri Melaka. Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Penerangan Negeri Melaka.


-KN