DMEX Labuan Uji Kesiapsiagaan Hadapi Bencana

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 1 Dis (Malaysiaaktif ) - Pelaksanaan Disaster Management Excercise (DMEX) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan berjaya menguji kesiapsiagaan agensi itu bersama-sama agensi lain dalam menghadapi sebarang bencana atau insiden yang berlaku.

Menurut Pengarah JBPM Labuan Zainal Madasin, DMEX merupakan latihan simulasi menangani insiden mahupun bencana dalam memantapkan lagi kesiapsiagaan, susunan dan penetapan keupayaan JBPM agar sehaluan dengan konsep pengoperasian ketika menghadiri insiden besar.

"Latihan ini juga untuk menguji pengurusan bencana kompleks, kemampuan Komander Operasi dalam pengurusan bencana, sistem pengurusan operasi (ICS) menangi bencana, sistem komunikasi, serta peralatan dan jentera," katanya semasa merasmikan majlis penutupan latihan tersebut, di sini baru-baru ini.

Latihan tersebut berjaya dilaksanakan dengan koordinasi bersama 150 anggota pelbagai agensi yang terlibat.

-SH