200 Bot Pelancongan Terlibat Penyerahan Bendera VM2020

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

SEMPORNA, 8 Dis (Malaysiaaktif) - Kira-kira 200 buah bot pelancongan terlibat dalam penyerahan bendera Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohamaddin Ketapi, bot merupakan salah satu medium pengangkutan utama di Sabah terutamanya di Bahagian Pantai Timur Sabah termasuk Semporna.

Suasana ketika penyerahan bendera kepada bot-bot pelancongan. Suasana ketika penyerahan bendera kepada bot-bot pelancongan.



"Justeru itu, untuk julung kalinya Tourism Malaysia telah memilih bot pelancongan bagi membantu mempromosikan kempen VM2020 kepada pelancong antarabangsa dan domestik.

"Harapan saya dengan usaha sama ini, dapat mengangkat Negeri Sabah menjadi lokasi yang istimewa dan berpotensi untuk dikenali sebagai destinasi terunggul di peringkat antarabangsa," katanya.

Musa ketika menandatangani buku pelawat ketika lawatan ke pejabat operator bot ditemani oleh Abdul Kusen(tiga dari kanan) dan Ammar (kanan). Musa ketika menandatangani buku pelawat ketika lawatan ke pejabat operator bot ditemani oleh Abdul Kusen (tiga dari kanan) dan Ammar (kanan).



Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Politik MOTAC, Abdul Kusen Husen pada Majlis Penyerahan Bendera VM2020 bertempat di Jeti Pelancong Bangau-Bangau, pada Ahad.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Program Walkabout iaitu penyerahan pelekat VM2020 kepada kedai-kedai agensi pelancongan dan cenderamata yang terletak di New Township, Semporna.

Musa ketika menjawab soalan pemberita ketika sidang media. Musa ketika menjawab soalan pemberita ketika sidang media.



Dalam pada itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata acara pagi ini merupakan kesinambungan kepada program IMFC yang sedang dilaksanakan.

"Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti MOTAC bersama dengan Tourism Malaysia serta kerajaan negeri untuk sama-sama mempromosikan VM2020 seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa VM2020 yang kali ke 5 dilaksanakan ini merupakan agenda nasional.

Suasana ketika penyerahan pelekat VM2020 kepada agensi pelancongan dan cenderamata di New Township Semporna. Suasana ketika penyerahan pelekat VM2020 kepada agensi pelancongan dan cenderamata di New Township Semporna.



"Maka, maksudnya semua pihak perlu bekerjasama sama ada kerajaan persekutuan atau negeri, Badan Bukan Kerajaan, swasta untuk sama-sama menggerakkan VM2020.

"Kami pilih daerah Semporna kerana inilah satu-satunya pintu masuk di Sabah sebelah pantai timur untuk ke taman marin yang ada di sini, yang turut dikunjungi lebih kurang 900 ribu pelancong," ujarnya.

Suasana ketika penyerahan pelekat VM2020 kepada agensi pelancongan dan cenderamata di New Township Semporna. Suasana ketika penyerahan pelekat VM2020 kepada agensi pelancongan dan cenderamata di New Township Semporna.



Kata Musa, antara langkah-langkah yang dijalankan untuk menaiktaraf perkhidmatan bot-bot di jeti ialah dengan memastikan bot-bot yang berlesen dan berdaftar sahaja dibenarkan beroperasi di jeti tersebut.

"Kedua, pemandu bot juga perlu diperakukan untuk memandu bot dengan betul selain penyelam yang berlesen di samping memberikan penerangan keselamatan kepada penumpang ketika menaiki bot.

Suasana ketika penyerahan pelekat VM2020 kepada agensi pelancongan dan cenderamata di New Township Semporna. Suasana ketika penyerahan pelekat VM2020 kepada agensi pelancongan dan cenderamata di New Township Semporna.



"Kami bukan setakat beri logo sahaja tetapi mereka ini perlu kita peraku dan sahkan kerana sekiranya tidak, kita akan sediakan latihan untuk mereka.

"Kami mahu sematkan 'Think Tourism, Act Tourism' pada diri semua orang terutama warga Semporna kerana ini adalah tempat mereka mencari nafkah.

Rombongan merakamkan kenangan bersama selepas program walkabout. Rombongan merakamkan kenangan bersama selepas program walkabout.



"Jika tidak dijaga mungkin untuk generasi ke dua dan ke tiga, tempat ini sudah tidak wujud, oleh itu kita kena lindungi daripada sekarang," jelasnya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Semporna, Abdul Imam Basirun; Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar merangkap Ketua Sekretariat VM2020; Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Jamilah Abdul Halim dan Pengurus Besar Jeti Pelancongan Bangau-Bangau, Kwan Yaw Fu.

ER