Sektor Pelancongan Penting, Sumber Pendapatan Negara – Shafie

Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

SEMPORNA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Sektor pelancongan penting untuk dimajukan sebagai salah satu sumber pendapatan utama negeri.

Hal ini kerana sektor pelancongan mempunyai potensi untuk menjadi penyumbang ekonomi negara dan merupakan penyumbang ketiga terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berucap semasa merasmikan International Muslim Friendly Carnival di Padang Bandaran dekat sini, pada Selasa memaklumkan pihak kerajaan harus mempelbagaikan sumber pendapat negara dan tidak hanya bergantung kepada hasil minyak dan gas semata-mata.

“Kerajaan menganjurkan pelbagai usaha bertujuan bagi memastikan rakyat mendapat nikmat, bukan hanya daripada peluang perniagaan yang boleh dilahirkan bahkan juga sumber peluang pekerjaan untuk anak-anak kita.

Shafie ketika menyampaikan ucapan perasmian. Shafie ketika menyampaikan ucapan perasmian.



“ Kerajaan menyedari sektor pelancongan merupakan sektor ketiga penyumbang utama kepada ekonomi negara, dan ini salah dari satu langkah yang telah harus kita mantapkan bagi memastikan kebergantungan hasil negara tidak hanya bergantung dengan minyak dan gas.

“Hasil minyak dan gas merupakan salah satu sumber yang boleh ditentukan oleh pasaran antarabangsa, namun demikian apa yang penting kepada kita hasil itu dapat kita tingkatkan (minyak dan gas) dan pelbagaikan, bukan hanya kita mengeksport sumber dari negara lain tetapi kita kena pastikan sumber dimanfaatkan oleh downstream, supaya kita boleh wujudkan peluang pekerjaan sebanyak yang mungkin.” Ujarnya.

Shafie juga menyeru rakyat di Daerah Semporna agar menjaga khazanah alam sekitar yang ada di daerah ini.

“Saya meminta kepada nelayan dan penduduk di daerah ini, jangan bom ikan, jika kita bom ikan, ianya akan menghancurkan batu karang yang menjadi kawasan untuk ikan membiak.

CILIK...Shuryani menyampaikan hadiah pemenang pertandingan tarian igal-igal ketegori kanak-kanak. CILIK...Shuryani menyampaikan hadiah pemenang pertandingan tarian igal-igal ketegori kanak-kanak.



“Tidak salah untuk kita mencari nafkah, tetapi jangan hancurkan sumber yang menjamin nafkah kita. “ pesan beliau.

Turut hadir pada program Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata, Konsul Republik Indonesia Tawau, Bapak Sulistijo Djati Ismojo, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Sah Hussein Tambakau, Yang diPertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof dan Pegawai Daerah Semporna Benedict Asmat dan Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Shuryani Datuk Shuaib.

ER