Skuad Mobile Kiosk Proaktif Sebar Maklumat

Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah / Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 13 Januari (Malaysiaaktif) - Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) melalui Skuad Mobile Kiosk telah mengambil langkah proaktif untuk memasarkan informasi terkini berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan kepada masyarakat umum Sungai Acheh.

Penerangan ringkas kepada orang ramai dan edaran bahan penerbitan jabatan Penerangan ringkas kepada orang ramai dan edaran bahan penerbitan jabatan



Menurut Farhani Ismail, pasar malam Sungai Acheh menjadi lokasi pada kali ini untuk memasarkan maklumat kepada orang ramai secara bersemuka dengan mengedarkan bahan bahan penerbitan, hebahan informasi terkini seperti program emas, pewartaan tempat larangan merokok, gejala influenza serta mempromosi QR4Info Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang selaras era masa kini.

Edaran bahan penerbitan serta penerangan dari kakitangan jabatan Edaran bahan penerbitan serta penerangan dari kakitangan jabatan



"Skuad Mobile Kiosk turut dibantu oleh pemimpin tempatan yang turun padang, malah turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Komuniti Harapan Malaysia Sungai Acheh, MPKK Sungai Bakau, MPKK Sungai Acheh dan Pejabat ADUN Sungai Acheh bagi memastikan program yang di susun atur berjaya dan berjalan dengan lancar," ujarnya lagi.

-ii-