Pelajar Cemerlang UPSR 2019 Diraikan

Laporan/foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberi fokus utama dalam bidang pendidikan dan sentiasa akan memastikan tiada keciciran pelajar disebabkan masalah kewangan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau, Teo Kok Seong, kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2020 telah memperuntukan dana khas kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Kerajaan negeri telah memperuntukan RM1 juta untuk bantuan anak sekolah kepada 2,000 pelajar sebanyak RM50 setiap bulan dan RM500 hingga RM1000 sebagai bayaran sekali beri kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajar ke peringkat diploma dan ijazah,” katanya ketika merasmikan program kebudayaan sempena  sambutan Pesta Ponggal di Dewan Majlis Perbandaran  Jempol, Bahau, di sini kelmarin.

WhatsApp Image 2020-01-13 at 17.17.15 Antara masyarakat yang hadir.



Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru juga menyarankan agar ibu bapa sentiasa mengawasi gerak geri anak-anak supaya tidak mudah terpengaruh dengan media sosial yang telah menjadi cabaran utama dalam kehidupan seharian.

Dalam majlis yang sama beliau juga meraikan seramai 18 orang pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Daerah Jempol  bagi 2019.

Turut hadir, wakil Ahli DUN Nilai merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Arul Kumar Jambunathan.

-AK