Masyarakat Bachok Sambut Baik Kuatkuasa Larangan Merokok 2020

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Bachok)

BACHOK , 14 Jan (Malaysiaaktif) - Setelah 14 hari larangan merokok di premis makanan di keluarkan oleh kerajaan, rata-rata penduduk sekitar Bachok yang ditemui amat bersetuju dengan pewartaan larangan ini.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, Wan Ishak Wan Ahmad, 70, berkata telah tiba masanya perokok tegar menghormati para pelanggan lain yang tidak merokok di dalam premis makanan.

“Larangan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan, sebenarnya ini lebih kepada menjamin keselesaan pelanggan yang tidak merokok dan menikmati hidangan tanpa diganggu oleh asap rokok,”katanya.

Wan Ishak Wan Ahmad, 70, yang menyokong pewartaan kuatkuasa larangan merokok tahun 2020 Wan Ishak Wan Ahmad, 70, yang menyokong pewartaan kuatkuasa larangan merokok tahun 2020



“Diharapkan perokok memahami dan mengambil pengajaran yang positif dari larangan tersebut kerana kerajaan telah pun memberikan peluang untuk belajar mengenali apakah maksud larangan sebenar semasa tempoh percubaan yang dijalankan pada tahun lepas kepada perokok tegar ini,”tambah beliau.

Langkah menyaman perokok degil bukanlah bertujuan untuk memberatkan pesalah tetapi lebih kepada pengajaran bagi pesalah menghormati undang-undang yang telah digubal, saya amat menyokong langkah ini.”ujar Wan Ishak lagi.

Mereka yang menerima notis kesalahan kerana merokok, boleh dikenakan kompaun RM250 dan di bawah Peraturan 12 (1) (a) dan 12 (1) (b), pemilik premis yang menerima notis kesalahan, juga boleh dikenakan jumlah kompaun yang sama untuk kesalahan pertama dan kedua, manakala kadar kompaun lebih tinggi untuk kesalahan ketiga dan seterusnya mulai 1 Januari 2020.

-NAZ