Al-Quran Peneraju Utama Sahsiah Diri

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 14 Jan (Malaysiaaktif) - 'Now Everyone Can Hafal Al - Quran' merupakan slogan terbaru pada Majlis Haflah Qurra' Kali ke 4, Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka yang diadakan baru-baru ini.


Program yang telah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka, Omar Jaafar ini telah menghimpunkan seramai 200 orang dalam kalangan kariah masjid di negeri ini dan merupakan anjuran Kolej Al-Quran Saiyidina Ali dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).WhatsApp Image 2020-01-14 at 09.50.12


Menurut Omar, majlis ini merupakan satu penganjuran yang harus diberikan penghargaan dan ucapan tahniah kerana telah mengadakan satu program yang mampu melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran seiring dengan apa yang dituntut dalam ajaran Islam.


"Seperti yang kita ketahui, semua orang boleh membaca Al-Quran namun untuk memahami maksud atau petikan ayat suci ini hanyalah individu tertentu sahaja dan melalui program seperti ini ia mampu memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan yang mendalam," ujarnya.WhatsApp Image 2020-01-14 at 09.50.12 (1)


Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mewakili Pengarah JAIM, Ikram Rosli ketika ditemui berkata majlis ini merupakan program tahunan yang diadakan oleh MAIM yang melibatkan 29 masjid dan 6 surau di negeri Melaka serta mempunyai satu tujuan bagi membudayakan amalan menghafal Al - Quran kepada masyarakat setempat terutamanya generasi muda.


"Terima kasih kepada kerajaan negeri dalam menyokong usaha murni dari MAIM dan Kolej Al - Quran Saiyidina Ali serta berharap agar program ini dapat diperluaskan dari semasa ke semasa," ujarnya.WhatsApp Image 2020-01-14 at 09.49.58


-KN