Visit Truly Asia Malaysia 2020 - #MehMelaka #KasikJammedMelaka

Laporan/ foto: Mohd Iswadi Abdul Hamid (Melaka)

MELAKA, 14 Jan (Malaysiaaktif) - #MEHMELAKA dan #KASIKJAMMEDMELAKA merupakan tanda pagar (hashtags) terbaru yang diperkenalkan pada Majlis Ramah Mesra Tahun Melawat Malaysia 2020 Bersama Exco Pelancong, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis bertempat di Hotel MITC Ayer Keroh, pagi tadi.


Menurut Jailani, majlis ini telah dihadiri lebih 300 peserta dari kalangan pemain - pemain pelancongan Negeri Melaka dan ia adalah anjuran Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka.WhatsApp Image 2020-01-14 at 15.33.01


"Kerajaan Negeri Melaka telah merangka beberapa pendekatan baru bagi mempergiat usaha mempromosikan Negeri Melaka dengan memperkenalkan #MEHMELAKA dan #KASIKJAMMEDMELAKA  sebagai sokongan kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan 30 juta pelancong berkunjung ke Malaysia sepanjang tahun ini.


"Selain itu, kita turut menggalakkan semua penggiat industri pelancongan untuk menambah baik produk pelancongan masing-masing supaya setanding dengan produk pelancongan antarabangsa.


"Tambahnya lagi, perkhidmatan kepada pelancong juga perlu berada di tahap yang terbaik agar pelancong yang berkunjung di Melaka memperolehi pengalaman yang manis semasa mereka berada di Melaka.


"Bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Melaka telah menyenaraikan sejumlah 184 acara pelancongan dengan 15 acara pelancongan utama bagi tahun ini, kesemua acara ini akan di adakan di ketiga-tiga buah daerah di Negeri Melaka iaitu Daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah bagi memeriahkan lagi kedatangan pelancong sempena tahun melawat Malaysia 2020.


"Saya memohon kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua lapisan masyarakat agar bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam menjayakan misi tahun melawat Malaysia 2020 melalui kempen #MEHMELAKA dan #KASIKJAMMEDMELAKA. Marilah kita menerapkan nilai Think Tourism and Act Tourism ke arah menggiatkan usaha mempromosi Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara," katanya.


-KN