Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Suntik Kreativiti

Laporan/foto: S.Shalene/Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 21 Jan (Malaysiaaktif) - Hasil seni lukis terkini sempena Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang (PICAF) 2020 buat julung kalinya diadakan di sini bermula bulan ini sehingga Mei nanti.

Antara tarikan utama pameran adalah mural bertajuk "The Joy Of Harvest" hasil karya dua orang pelukis dari Sarawak iaitu Leonard Siaw dan Jagung yang diinspirasi daripada sumbangan para pesawah tempatan yang bekerja keras menggunakan tulang empat kerat menghasilkan padi yang berkualiti dan menyumbang kepada ekonomi di Balik Pulau.

Mural yang bertajuk 'The Joy Of Harvest' adalah hasil karya dua pelukis dari Sarawak iaitu Leonard Siew dan Jagung Mural yang bertajuk 'The Joy Of Harvest' adalah hasil karya dua pelukis dari Sarawak iaitu Leonard Siew dan Jagung.



Hasil seni lukisan Jagung pula mengambarkan seorang pekebun durian tempatan sedang memeriksa kualiti buah-buah duriannya sebelum  dipasarkan, sinonim dengan Balik Pulau yang terkenal dengan duriannya.

Pameran ini turut mempamerkan hasil karya pelukis Rusia Marat Danilyan (juga dikenali sebagai Morik), yang bertajuk "Once at Balik Pulau's Street Market" menceritakan tentang peniaga tempatan yang menjalankan rutin hariannya dengan penuh kecerian dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat.

Mural yang mengambarkan budaya masyarakat tempatan Mural yang mengambarkan budaya masyarakat tempatan.



Kira-kira 200 orang pengunjung hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang 2020 yang  dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan turut  hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin serta pemimpin- pemimpin tempatan.

Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya turut membantu menyebar luaskan festival ini menerusi platform media dalam talian serta hebahan info bergerak.

-ii-