Selidik Sebelum Sebar - Kerk Chee Yee

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 10 Feb (Malaysiaaktif) - "Rakyat Malaysia haruslah bijak menyelidik berita sebelum menyebarkannya kepada khalayak.”


Demikian antara petikan ucapan yang disampaikan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee ketika ditemui pada program Info on Wheels (IoW) Daerah Melaka Tengah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, semalam.


"Sehingga kini telah tular pelbagai laporan dan berita palsu terutamanya berkaitan wabak Coronavirus di media sosial yang hangat diperkatakan dan majoriti orang ramai mempercayai akan perkara tersebut.


"Peringatan kepada semua lapisan masyarakat, kita haruslah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam berkongsi apa sahaja maklumat dan pastikan ianya adalah sahih dan benar,” tambahnya.


Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion, berkata Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan hebahan umum yang terus sampai kepada masyarakat mengenai isu - isu semasa terutama pencegahan wabak ini.


"Japen telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan segala maklumat berkaitan wabak ini diterima masyarakat dan menjadikan ia satu maklumat yang tepat," ujarnya.




Penyampaian risalah Coronavirus kepada pelajar-pelajar SMK Munshi Abdullah. Penyampaian risalah Coronavirus kepada pelajar-pelajar SMK Munshi Abdullah.


-KN