Edaran Risalah, Penutup Hidung dan Mulut Tingkatkan Kesedaran Masyarakat

Laporan/foto: Hanafi Sariman/Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 12 Feb (Malaysiaaktif) - Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) telah mengedarkan risalah mengenai Wabak Novel Koronavirus (nCoV) dan penutup hidung dan mulut kepada orang awam melalaui program Info on Wheels (IoW) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berikutan peningkatan jumlah kes di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, berkata usaha ini merupakan inisiatif baik oleh Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menyalurkan maklumat bermanfaat untuk masyarakat.

"Tahniah buat JaPen selaku agensi kerajaan yang telah berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya Koronavirus dan langkah yang perlu diambil bagi mencegah wabak ini terus meningkat serta mengelak daripada menjadi mangsa wabak berkenaan.

Edaran risalah mengenai wabak Coronavirus Edaran risalah mengenai wabak Coronavirus.



 

Edaran penutup hidung dan mulut secara percuma kepada orang awam Edaran penutup hidung dan mulut secara percuma kepada orang awam.



"Inisiatif ini dilakukan kerana ia merupakan peranan JaPen bagi memasarkan maklumat dasar-dasar negara terus kepada masyarakat melalui kaedah bersemuka yang mampu memberi kefahaman dan maklumat tepat serta sahih kepada masyarakat, seterusnya mengelakkan dari penyebaran berita dan maklumat palsu," menurutnya ketika bersama-sama dalam program berkenaan pagi semalam.

-ii-