Ziarah Cakna Mampu Perkukuh Hubungan Dua Hala

Laporan/foto: Zanizal Zamani (Kepala Batas)/SMKDHAK 

KEPALA BATAS, 12 Feb (Malaysiaaktif) - Program Ziarah Cakna merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menerapkan nilai budaya kasih sayang, saling menghormati dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa serta ianya dapat  memperluaskan konsep sekolah penyayang.

Pelancaran Program Ziarah Cakna 2020 telah diadakan secara serentak di seluruh negara bermula pada 9 dan 10 Februari lalu dengan Sekolah Menengah Kebangsaaan Datuk Hj Abdul Kadir (SMKDHAK) telah melancarkan "Program Ziarah Cakna, Jom Ke Sekolah" yang telah disempurnakan oleh Afzanizam Ibrahim, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDHAK.

Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat SMKDHAK yang disempurnakan oleh Afzanizam Ibrahim, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDHAK. Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat SMKDHAK yang disempurnakan oleh Afzanizam Ibrahim, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDHAK.



Dalam ucapannya, beliau berharap agar program sebegini dapat membuka ruang bagi guru-guru untuk lebih mendalami tingkah laku serta merasai denyut kehidupan pelajar dan mengenal pasti lain-lain keperluan atau bantuan yang boleh dihulurkan kepada mereka.

"Jika sebelum ini, program ziarah seperti ini bukan teras dan pihak sekolah selalunya menziarahi rumah pelajar bermasalah, tetapi dalam konteks baharu, kita mahu menerapkan nilai saling hormat serta budaya kasih sayang.

"Oleh itu, bukan pelajar bermasalah saja diziarah tetapi kita ziarah atas dasar berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang termasuk mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa," katanya.

Di antara pelajar yang hadir pogram Ziarah Cakna SMKDHAK Antara pelajar yang hadir pogram Ziarah Cakna SMKDHAK.



Program Ziarah Cakna akan menjadi pentas bagi guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan pelajar, memahami latar belakang keluarga mereka dan berkongsi pandangan bagi memastikan kecemerlangan murid.

-ii-