JPP Kolej Komuniti Platform Suarakan Pandangan Pelajar

Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 12 feb (Malaysiaaktif) – Seluruh pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dapat berkongsi pandangan demi kemajuan kolej tersebut apabila seramai 16 orang pelajar telah dilantik sebagai platform untuk menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Para pelajar tersebut diberi watikah sebagai JPP selepas menang dalam Pilihanraya Kampus yang telah berlangsung baru-baru ini.

Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), Mohd Ruzi Hamzah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KKKB. Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), Mohd Ruzi Hamzah (empat dari kanan) bersama-sama JPP yang telah dipilih.



Pengarah KKKB Mohd Ruzi Hamzah, berkata pelajar yang dilantik diharap dapat menunjukkan contoh yang baik di samping menjadi platform utama dalam menyuarakan pandangan pelajar untuk kemajuan KKKB.

"Exco JPP juga perlu manfaatkan sepenuhnya Pusat Pelajar yang baharu ini bagi memudahkan aktiviti pelajar dilaksanakan seperti yang telah dirancang," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KKKB 2020.

Nursyukriah Izzah Mohammad Shukri, Pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan menerima watikah pelantikan sebagai Naib Yang Dipertua JPP. Nursyukriah Izzah Mohammad Shukri (kiri), pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan menerima watikah pelantikan sebagai Naib Yang Dipertua JPP.



Menurutnya lagi, penglibatan mahasiswa dengan masyarakat setempat juga amat penting kerana ia melambangkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan responsif terhadap isu masyarakat dan ianya adalah satu wadah kepada mahasiswa untuk berada di medan masyarakat.

"Mahasiswa juga perlu bertindak sebagai agen perubahan masyarakat kerana ia sangat berpengaruh dalam memainkan peranan mencapai visi dan misi," katanya lagi.

Megat Hazrain Aqil Ahmad Sabri, Pelajar Sijil Teknologi Pembuatan menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua JPP. Megat Hazrain Aqil Ahmad Sabri (kiri), pelajar Sijil Teknologi Pembuatan menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua JPP.



Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa dengan adanya penubuhan JPP ini, pelbagai program serta aktiviti yang berkualiti dapat dilakukan secara besar-besaran sekaligus memberi impak yang positif terhadap akademik, ekonomi dan pembangunan mahasiswa khususnya di negeri Pulau Pinang.

-ii-