Nikah Bawah Umur Penyelesaian Singkat

Laporan/foto: Norfadzlina Ahamad Fadzli (Kelantan)

KOTA BHARU, 12 Feb (Malaysiaaktif)- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh, berkata Kelantan merekodkan 135 kes sepanjang tahun 2018 berkenaan pernikahan bawah umur, semasa perasmian Persidangan Perkahwinan Bawah Umur Antara Harapan dan Realiti, di sini baru-baru ini.

“Perkahwinan bawah umur adalah penyelesaian singkat, penyebab terjadinya kerana kurang kawalan perundangan dalam undang-undang pernikahan di Kelantan seharusnya semua pihak, agensi kerajaan dan swasta, guru komuniti dan badan bukan kerajaan perlu berganding bahu menangani isu ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Pengerusi Persidangan merangkap Penasihat Pertubuhan Cik Siti Wan Kembang Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim, yang ditemui menyatakan Gerakan Wanita Cakna Kelantan di bawah MawarYadim bersama 30 badan bukan kerajaan di negeri Kelantan akan menjalankan gerak kerja mencari jalan penyelesaian menangani isu ini.

Peserta yang hadir ke Persidangan Peserta yang hadir ke Persidangan



“Antaranya Rumah Jagaan dan Bimbingan Remaja Raudhah Sakinan akan diwujudkan bagi menempatkan mangsa keadaan isu ini, manakala persidangan ini diadakan bagi menyokong Pelan Tindakan Kebangsaan bagi menangani punca pekhawinan bawah umur yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat.

“Persidangan ini juga membincangkan, inisiatif bagi kerajaan dan komuniti berusaha untuk menanganinya sebelum menjadi semakin serius, selain memberi kefahaman berhubung dengan peruntukan hukum, undang-undang dan perubatan berhubung dengan isu perkahwinan di bawah umur,” katanya lagi.

Seramai 350 orang terdiri daripada warga pendidik, pegawai agensi kerajaan, kaunselor dan juga pemimpin wanita dalam masyarakat dapat dikumpulkan dalam persidangan kali ini.

-NAZ