“Boat Ride” Maritim Mengujakan Pengunjung

Laporan/foto: Ros Naini Arshad/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Rata-rata pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat amat teruja dengan pengalaman berharga menaiki bot maritim secara percuma yang disediakan sempena Hari Terbuka Maritim Negeri Terengganu.

Selain daripada menawarkan pengalaman menaiki bot maritim, pengunjung-pengunjung juga boleh melawat kapal dan bot maritim, pameran kerjaya dan kelengkapan senjata api dalam pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menyertai pertandingan photobooth serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan pelbagai aktiviti lain.

Pameran yang diadakan sempena Hari Terbuka Maritim Negeri Terengganu Pameran yang diadakan sempena Hari Terbuka Maritim Negeri Terengganu



Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Maritim Negeri Terengganu, Komander Arifin Ghazali, Hari Terbuka ini dianjurkan demi memberi peluang kepada masyarakat setempat mengenali Jabatan Maritim dan menarik minat golongan muda untuk menyertai pasukan Maritim.

"Hari terbuka ini sempena Hari Ulang Tahun Maritim ke-15 yang kita adakan di Ibu Pejabat Maritim Terengganu, bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang, dan sambutan yang diterima kali ini cukup menggalakkan," katanya ketika ditemui pemberita.

Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Maritim Negeri Terengganu, Komander Arifin Ghazali berkongsi mengenai Hari Terbuka Maritim kepada penulis Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Maritim Negeri Terengganu, Komander Arifin Ghazali berkongsi mengenai Hari Terbuka Maritim kepada penulis.



Sementara itu pelajar dari Sekolah Menengah Padang Negara, Kuala Terengganu Farid Zafri Azmi, 16, cukup teruja kerana dapat menaiki bot maritim pada hari ini.

"Selain itu, pendedahan yang diberikan menambahkan minat saya untuk menyertai pasukan maritim ini apabila tamat belajar nanti," katanya.

Farid Zafri Azmi, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara, Kuala Terengganu Farid Zafri Azmi, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara, Kuala Terengganu.



Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, Ayub Abdullah, 71, turut tidak ketinggalan mengunjungi Hari Terbuka ini dan berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang dan akan terus menjadi platform antara Jabatan Maritim dan nelayan tempatan bertukar-tukar pendapat. Menurutnya, kali terakhir Hari Terbuka ini diadakan adalah pada tahun 2018.

 

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, Ayub Abdullah, 71 turut hadir pada hari Terbuka Maritim Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, Ayub Abdullah, 71, turut hadir pada hari Terbuka Maritim.



-ii-