LTdL Bantu Promosi Pelancongan Terengganu

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)/Media MB Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Feb - Penganjuran Perlumbaan Berbasikal Jelajah Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) telah membantu mempromosikan negeri Terengganu sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan di sini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khususnya fokus kepada kebudayaan negeri antaranya persembahan kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu.

Menurut pengunjung Mohd Yusof Mohd Amin, 65, penganjuran perlumbaan kali ini banyak membantu mempromosikan negeri Terengganu sebagai salah sebuah destinasi pelancongan pilihan kepada pengunjung.

"Program jelajah ini perlu diteruskan pada setiap tahun kerana ia mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia," katanya.

Mohd Yusof Mohd Amin, 65 berkata penganjuran LTdL banyak membantu mempromosikan negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan pilihan Mohd Yusof Mohd Amin, 65, berkata penganjuran LTdL banyak membantu mempromosikan negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan pilihan



Seorang lagi pengunjung, Norol Hamiza Zamzuri, 42 berkata, usaha membawa LTdL ke Terengganu adalah salah satu langkah proaktif yang mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dalam dan luar negara.

Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor turut mengikuti jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) bersama sepuluh orang pelajarnya ke seluruh pelusuk negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan UITM Puncak Alam, Selangor, Norol Hamiza Zamzuri, 42 Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan UITM Puncak Alam, Selangor, Norol Hamiza Zamzuri, 42.



Dalam pada itu, pelepasan peringkat kedua peserta-peserta LTdL dari Kuala Terengganu ke Kerteh bermula pada jam 11.45 pagi telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Seramai lebih 500 orang hadir membanjiri Dataran Pantai Batu Burok seawal jam sembilan pagi untuk menyaksikan acara berprestij tersebut dan memberi sokongan kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.

-ii-