Sila Duduk di Rumah dan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 23 Mac (Malaysiaaktif) - Demi keselamatan dan kesihatan bersama, penduduk diwajibkan untuk berada dalam rumah sepanjang masa, untuk memutuskan rantaian jangkitan bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supritendan Shafee Abdul Samad, masih terdapat segelintir orang awam berkumpul dan tidak mengamalkan jarak penjarakan sosial antara satu sama lain terutamanya di pasar-pasar.

"Masih lagi ramai masyarakat yang keluar membeli belah dan kita berharap mereka lebih menyedari bahaya penyakit ini untuk kita sama-sama mengurangkan penularan wabak COVID-19," katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Polis menasihati orang awam agar balik ke rumah. Polis menasihati orang awam agar balik ke rumah.



Dalam tinjauan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pasar Nibong tebal, Pasar Sungai Bakap dan Taman Puteri Gunung mendapati masih ada yang tidak menghiraukan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan sejak beberapa hari lalu.

Polis menasihati orang awam yang dilihat masih keluar dari rumah. Polis menasihati orang awam yang dilihat masih keluar dari rumah.



Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah SPS Farhani Ismail, berharap orang ramai dapat bersabar dan mengikut arahan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Ketua Polis Daerah SPS bersama dengan Pegawai Penerangan Daerah SPS. Ketua Polis Daerah SPS bersama dengan Pegawai Penerangan Daerah SPS.



"Sayangi diri, sayangi keluarga, sayangi negara. Sila duduk di rumah, tolong bersurai, jaga kebersihan, kerap basuh tangan, jaga penjarakan sosial dan sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

-ii-