COVID-19: Pelajar IPT di Zon Hijau Dibenarkan Pulang

Laporan/foto: RA Othman (Marang)

MARANG, 29 April (Malaysiaaktif) - Kerajaan telah mengumumkan kebenaran pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti termasuk di Sabah dan Sarawak secara berperingkat bermula Isnin lalu.

Bagi memastikan pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak telah memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang akan dijadikan destinasi ketibaan pelajar-pelajar yang selamat sampai ke Marang nanti.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia dan telah dimaklumkan mengenai kepulangan pelajar-pelajar di Marang dengan menggunakan kenderaan yang diuruskan oleh IPT masing-masing.

Seorang pelajar yang dilihat sedang mengemas beg sebelum pulang sebelum dibenarkan pulang. Seorang pelajar yang dilihat sedang mengemas beg sebelum pulang sebelum dibenarkan pulang.



"Ibu bapa perlu hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marang atau balai polis berdekatan untuk mendapatkan surat kebenaran polis bagi memulakan pergerakan membawa pulang anak-anak mereka sama ada dalam atau luar daripada Daerah Marang.

"PDRM dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang, Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berusaha untuk memastikan kepulangan pelajar-pelajar ini nanti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan dalam tempoh PKP yang masih berkuatkuasa," katanya ketika dihubungi, di sini kelmarin.

Hanya pelajar di zon hijau yang melepasi saringan kesihatan dibenarkan pulang ke destinasi masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan oleh IPT. Hanya pelajar di zon hijau yang melepasi saringan kesihatan dibenarkan pulang ke destinasi masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan oleh IPT.



Selain itu juga, pasukan kesihatan Daerah Marang yang diketuai Dr Tan Sin Yew akan turut berada di IPD Marang semasa ketibaan pelajar-pelajar kumpulan pertama nanti yang dijangkakan tiba pada 2 Mei ini.

"Kami telah dimaklumkan kumpulan pelajar pertama akan tiba pada 2 Mei ini adalah pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berjumlah 21 orang dari seluruh Negeri Terengganu.

"Jadi, pihak kami akan mengadakan saringan kesihatan sekali lagi kepada kumpulan pelajar ini bagi memastikan semua pelajar ini bebas dari gejala COVID-19 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

-ii-