Gerakan Belia 4B Agih Sumbangan, Bantu Belia Golongan Asnaf, Miskin Menjelang Aidilfitri

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Prihatin dengan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat COVID-19, Gerakan Belia 4B Negeri Johor mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan bagi membantu golongan belia yang terjejas pendapatan mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Gerakan Belia 4B Negeri Johor Mohd Hafiz Jalalludin Abdul Manaf, bantuan ini adalah sejajar dengan pelancaran program Dollar To Dollar peringkat negeri yang dikhususkan untuk menyalurkan sumbangan kepada persatuan-persatuan belia di setiap kawasan bagi diagihkan kepada golongan belia yang terjejas.

“Setiap persatuan belia juga perlu mencari sumbangan tambahan dari badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak penaja bagi mencapai sasaran penerima sumbangan seramai 1,000 orang menjelang Aidilfitri.

Gerakan Belia 4B Negeri Johor mensasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada 1,000 orang belia dari kalangan asnaf, miskin, B40 dan hilang pekerjaan sepanjang tempoh PKP dan bulan Ramadan - Pengerusi Persatuan Gerakan Belia 4B Negeri Johor Mohd Hafiz Jalalludin Abdul Manaf Gerakan Belia 4B Negeri Johor menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada 1,000 orang belia dari kalangan asnaf, miskin, B40 dan hilang pekerjaan sepanjang tempoh PKP dan bulan Ramadan - Pengerusi Persatuan Gerakan Belia 4B Negeri Johor Mohd Hafiz Jalalludin Abdul Manaf



“Alhamdulillah, sasaran tersebut hampir tercapai menerusi pelbagai aktiviti penyerahan sumbangan yang dijalankan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Ziarah Ramadhan 15 Gerakan Belia 4B Tebrau, di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, semalam.

Tambah beliau, bersempena bulan Ramadan pada kali ini, inisiatif ini juga merupakan langkah terbaik dalam membantu meringankan beban golongan belia dari kalangan asnaf, miskin, B40 dan mereka yang hilang pekerjaan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

"Setakat ini, sumbangan yang telah diterima melebihi RM50 ribu yang berupa wang tunai dan juga barangan keperluan asas yang dapat dimanfaatkan untuk mereka yang terjejas," ujarnya.

Mazwin Muaali bersyukur dipilih menerima bantuan ini yang secara tidak langsung dapat meringankan beban dia dan keluarga. Mazwin Muaali bersyukur dipilih menerima bantuan ini yang secara tidak langsung dapat meringankan beban dia dan keluarga.



Salah seorang penerima yang ditemui, Mazwin Muaali, 43, berkata dia berasa bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh persatuan belia.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sumbangan dan memandangkan suami tidak dapat berkerja sepanjang tempoh PKP, sumbangan ini secara tidak langsung dapat membantu kami sekeluarga agar tidak terputus bekalan makanan,” ujarnya lagi.

Salina Saleh, 20, turut menzahirkan rasa syukur di atas pemberian sumbangan yang mampu meringankan beban tanggungan keluarganya.

Bantuan ini dapat meringankan tanggungan keluarga selepas saya tidak boleh meniaga seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Salina Saleh Bantuan ini dapat meringankan tanggungan keluarga selepas saya tidak boleh meniaga seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Salina Saleh



“Sebelum PKP, saya dan suami membuka gerai di tepi jalan dan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan gerai saya tidak dapat dibuka bagi mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru Norhasiswana Rasion dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tebrau Muhammad Rizal Rahmat.

-NI-