Kunjungan Kasih Ramadan Eratkan Ukhwah Pesara JaPen

Laporan/foto: Ros Naini Arshad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu (PPD) mengambil langkah mengunjungi beberapa orang pesara Jabatan Penerangan (JaPen) yang menetap di Kuala Terengganu dalam jaringan merapatkan ukhwah sesama anggota.

Bekas Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu Muhtar Draman, yang telah meninggalkan perkhidmatan awam kira-kira enam tahun lalu, beliau sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu dengan anggota Jabatan Penerangan Terengganu sekiranya diperlukan.

Bekas Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu, Muhtar Draman. Muhtar Draman ketika dikunjungi warga JaPen di kediamannya, di sini.



"Alhamdulillah, saya sihat dan berterima kasih kepada rakan-rakan dari PPD Kuala Terengganu kerana sudi datang ke rumah saya. Saya harap yang lama dan baharu terus kekal dalam ukhwah persahabatan. Saya juga berharap  boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat walaupun telah bergelar pesara," ujar Muhtar.

Seorang lagi bekas pesara iaitu Rani Muda atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Rani telah meninggalkan perkhidmatan awam pada tahun 2014.  Biarpun uzur dengan masalah kesihatan berkaitan jantung, namun beliau sangat terharu dengan kunjungan pasukan dari PPD Kuala Terengganu.

'Pak Rani' (berkerusi) menerima sumbangan berupa makanan sunnah dan kuih raya dari pasukan PPD Kuala Terengganu di kediamannya, baru-baru ini. 'Pak Rani' (berkerusi) menerima sumbangan berupa makanan sunnah dan kuih raya dari pasukan PPD Kuala Terengganu di kediamannya, baru-baru ini.



Lain-lain pesara yang sempat dikunjungi termasuklah Haji Mohd Othman (bekas penolong pegawai), Junainah Wan Chik (bekas setiausaha pejabat), Rohani Sulaiman (bekas ketua pembantu tadbir), dan  Hashim Mamat  (bekas pembantu tadbir).

Pasukan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu bersama bekas Setiausaha Pejabat, Junainah Wan Chik (tengah). Pasukan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu bersama bekas Setiausaha Pejabat, Junainah Wan Chik (tengah).



Meskipun telah bergelar pesara JaPen, namun mereka tidak lokek dengan ilmu dan masih ingin menyumbang  idea serta berkongsi pengalaman mereka kepada yang sudi dan memerlukan.

Hashim Mamat (dua dari kiri) pesara Japen Terengganu yang memegang jawatan Pembantu Tadbir. Hashim Mamat (dua dari kiri) pesara Japen Terengganu yang memegang jawatan Pembantu Tadbir.



Kesemua mereka berharap agar ukhwah di antara pesara JaPen Terengganu dan anggota yang masih berkhidmat dapat diteguhkan lagi pada masa akan datang.

-ii-