Umat Islam di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad ini

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 22 Mei (Malaysiaaktif) - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

-- BERNAMA