Harga RON95 dan RON97 Naik 7 Sen, Diesel Naik 6 Sen

Foto: Infografik KPDNHEP

PUTRAJAYA, 23 Mei (Malaysiaaktif) - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tujuh sen daripada RM1.31 kepada RM1.38 seliter dan RM1.61 kepada RM1.68 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik enam sen seliter, daripada RM1.45 kepada RM1.51 seliter.

Ia adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia, menurut kenyataan itu.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA