Gelorakan Rasa Cinta Buat Negara

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik baru-baru ini menyarankan warga Dungun supaya bersama-sama semarakkan rasa cinta dan sayang kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Beliau yang turut serta dalam Program Info on Wheels (IoW) Merdeka bersama Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang di sekitar kawasan Arena Square, Dungun berkata semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang perlulah diperhebatkan demi membuktikan rasa cinta dan sayang kepada negara.

Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (berbaju hijau) yang turut menyertai IOW Merdeka di sekitar kawasan Arena Square, Dungun diiringi Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang mengedarkan Jalur Gemilang buat orang ramai. Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (berbaju hijau) yang turut menyertai IoW Merdeka di sekitar kawasan Arena Square, Dungun diiringi Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang mengedarkan Jalur Gemilang buat orang ramai.



“Biarpun negara kita masih berperang melawan penularan COVID-19, saya menyeru agar warga Dungun tetap bersemangat dan sama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

"Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka dan program seperti IoW Merdeka sebagai simbolik bagi menggelorakan semangat patriotik," katanya.

Orang ramai mula menghiasi Jalur Gemilang pada kenderaan bagi menzahirkan rasa cinta pada negara. Orang ramai mula menghiasi Jalur Gemilang pada kenderaan bagi menzahirkan rasa cinta pada negara.



Bagi Penolong Pegawai Pembangunan (Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO) Daerah Dungun Mohd Syahadat Robbi Abd Ghani, yang juga sebahagian peserta berkata, program sebegini dapat membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Penolong Pegawai Pembangunan (Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO) Daerah Dungun, Mohd Syahadat Robbi Abd Ghani. Penolong Pegawai Pembangunan (Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO) Daerah Dungun, Mohd Syahadat Robbi Abd Ghani.



“Program IOW Merdeka merupakan satu usaha yang sangat penting dan dasar ke akar umbi menampakkan usaha Jabatan Penerangan Malaysia dalam mendekati rakyat untuk menyampaikan maklumat dan menyemarakkan semangat cintakan negara.

Warga Dungun, tanpa mengira bangsa bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang. Warga Dungun, tanpa mengira bangsa bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.



“Pada masa yang sama usaha ini membangkitkan semangat kemerdekaan dalam diri rakyat khususnya kepada golongan belia. Tanpa usaha sebegini, saya rasa rakyat hanya merayakan hari ulang tahun kemerdekaan negara kita hanya pada 31 Ogos setiap tahun.

“Saya lihat selepas program ini diadakan di kawasan saya, penduduk mula mengibarkan Jalur Gemilang pada kediaman masing-masing lebih awal. Perkara ini menandakan impak program ini memberi kesan dalam diri rakyat untuk lebih cintakan negara dan menghargai nilai kebebasan yang kita kecapi sekarang,” katanya.

Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik melekatkan bendera Malaysia pada kenderaan yang melalui kawasan Arena Square, Dungun. ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik melekatkan bendera Malaysia pada kenderaan yang melalui kawasan Arena Square, Dungun.



Kehadiran unit bergerak Jabatan Penerangan Daerah Dungun yang memutarkan lagu-lagu patriotik bertemakan kenegaraan memeriahkan suasana program dan membangkitkan semangat patriotisme masyarakat di daerah ini untuk bersama-sama menggelorakan hari kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

-ii-