Hormati Jalur Gemilang Sebagai Imej dan Identiti Negara

Laporan/foto: Khairudin AM/Mohd Khairulnizam Yunus (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Setiap warganegara perlu menghormati Jalur Gemilang kerana ia adalah imej dan identiti negara, ianya juga secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda untuk menghargai kepentingan semangat cinta negara terutamanya ketika sambutan Bulan Kebangsaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, mengharapkan setiap rakyat perlu saling berganding bahu bagi memastikan semangat patriotisme terus dipelihara agar negara kekal harmoni dan aman.

“Walaupun kita berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat wabak COVID-19, tetapi kita patut bersyukur kerana masih dapat berkumpul dalam majlis ini dengan mengamal kebiasaan baharu.

WhatsApp Image 2020-07-29 at 13.45.25 Aminuddin ketika ucapan perasmian majlis.



“Sebelum ini, ramai yang dijemput namun pada tahun ini tidak sama lagi akibat  COVID-19, sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini akan digarap pelaksanaanya secara fizikal dan digital serta dilaksanakan secara sederhana tetapi mampu mengelorakan semangat cintakan negara dan patriotisme dalam diri kita,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, semalam.

Beberapa program telah dirancang di peringkat kebangsaan yang diterajui oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melalui tiga pendekatan utama iaitu Merdeka Moment, Merdeka Komuniti Bonding dan Info on Wheels (IoW) Merdeka.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti IoW [email protected], Pertandingan Pidato Kenegaraan, Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan, Pertandingan Fotografik [email protected] dan pelbagai lagi yang akan meningkatkan semangat patriotisme dan menyemai semangat cinta akan negara selain memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat.

WhatsApp Image 2020-07-29 at 13.46.12 Pelepasan konvoi IOW Merdeka.



Dalam majlis tersebut turut diadakan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Jabatan, pihak swasta dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negeri Sembilan dan pelepasan konvoi IoW Merdeka JaPen Negeri Sembilan.

Sebelum itu, hadirin telah menyaksikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung di Dewan MBS serentak diseluruh negara.

-AK