Bersatu Padu, Muafakat Kunci Kemakmuran - Zainun

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

CHENDEROH, 7 Ogos (Malaysiaaktif) - Program [email protected] DUN Chenderoh sempena Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Perak ini berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam memupuk semangat perpaduan rakyat negara ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh Datuk Zainun Mat Noor, program ini merupakan kesinambungan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang disempurnakan oleh Menteri Besar baru-baru ini.

“Tahun ini kita merayakan Bulan Kebangsaan dengan tema Malaysia Prihatin, menepati usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan selain memastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai demi kemakmuran negara.

Zainun ketika berucap merasmikan majlis. Zainun ketika berucap merasmikan majlis.



“Tema ini mempunyai nilai yang begitu signifikan dalam mewarnai sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini semalam.

Menurut Zainun, selain daripada menzahirkan semangat patriotisme dan memperkukuhkan semangat kekitaan, tema ini seiring dengan semangat perpaduan, kesepakatan  dan semangat kerjasama seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19.

“Tidak kira sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan yang menjadi tonggak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia,” katanya.

-SH