Elemen Fizikal dan Digital Pendekatan Baharu Penganjuran Aktiviti Kini - Akmal

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

KROH, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan aktiviti yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 kini beralih kepada penganjuran yang tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak Mohd Akmal Kamarudin program-program kini menggunakan pendekatan norma baharu menggabungkan dua elemen iaitu fizikal dan digital.

“Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang mengajak rakyat untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan seperti Program [email protected] yang diadakan di setiap daerah selain Info on Wheels (IoW) yang digerakkan setiap hari adalah pendekatan kerajaan negeri bersama Jabatan Penerangan untuk membuat hebahan kepada rakyat.

Akmal ketika berucap merasmikan majlis. Akmal ketika berucap merasmikan majlis.



"Pendekatan baharu turut diadakan pada tahun ini adalah Program Bicara Kemerdekaan yang akan dipancarkan secara langsung daripada tokoh-tokoh ternama selain bacaan Yassin dan doa selamat di masjid dan surau serta doa untuk Malaysia di rumah-rumah ibadat lain juga diadakan pada 30 Ogos ini,” katanya ketika merasmikan Program [email protected] sempena Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Pengkalan Hulu di Kompleks Imigresen, Bukit Berapit, di sini kelmarin.

Tambah Akmal, pogram-program bersemuka dan perhimpunan agak terjejas dan setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

"Usaha Jabatan Penerangan Negeri Perak dan kerajaan negeri melalui program komuniti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan silaturrahim serta kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim berkata sedikit masa sahaja lagi kawasan Memorial Tragedi Kroh akan menjadi bandar sempadan.

“Projek ini telah pun dibina tetapi mengalami sedikit masalah berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara,” katanya.

-SH