Kuatkan Jati Diri Elak Anasir Jahat - Rosdi

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/ Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

LENGGONG, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan kerana usaha untuk mencapainya memerlukan pengorbanan.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Lenggong Rosdi Mohd Yaacob, masyarakat hari ini perlu menguatkan jati diri agar tidak mudah terpedaya

“Kita juga perlu berhati-hati dan menguatkan jati diri agar tiada anasir jahat yang menyusup masuk ke dalam negara dalam menghadapi dunia tanpa sempadan,” kata dalam ucapan ketika merasmikan program [email protected] sempena Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Pengkalan Hulu di Dewan Merdeka, di sini, semalam.

Gimik penyerahan Jalur Gemilang oleh Hasan (dua dari kiri) kepada Rosdi (tiga dari kiri) dalam majlis sambutan tersebut, di sini. Gimik penyerahan Jalur Gemilang oleh Hasan (dua dari kiri) kepada Rosdi (tiga dari kiri) dalam majlis sambutan tersebut, di sini.



Rosdi dalam ucapannya turut menyeru orang ramai agar tidak mengambil ringan isu COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Semenjak beberapa hari ini kita lihat kes semakin meningkat dalam negara dan perkara ini perlu diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Perak Hasan Ashaari Abu Bakar, berkata kedatangan mereka bukan sekadar membuat hebahan kibar Jalur Gemilang namun kerjasama jabatan bersama kerajaan negeri adalah untuk mengingatkan masyarakat khususnya rakyat Perak bahawa negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara.

“Sambutan menjelang hari bersejarah ini mungkin berbeza berbanding tahun dahulu namun program-program kerajaan negeri tetap diteruskan bagi memeriahkan bulan kebangsaan.

"Program-program ini diatur mengikut kesesuaian keadaan berikutan pandemik COVID-19 seperti pertandingan sempena Bulan Kebangsaan termasuk pertandingan keceriaan, video pendek dan sayembara puisi dilaksanakan secara dalam talian,” tambahnya yang juga Ketua Konvoi KMJG Perak.

Konvoi kembara fasa dua yang memasuki hari ke-tiga ini meneruskan perjalanan ke Perak Tengah selepas pelepasan pertama dari Ipoh menuju ke Hulu Perak dan kemudiannya Pengkalan Hulu.

-SH