50 Kanak-kanak sertai Kayuhan Cintakan Negara

Laporan/foto: Lim Miow Juang (Daerah Timur Laut)

DATO KERAMAT, 14 Sep (Malaysiaaktif) - Bagi meraikan sambutan Bulan Kebangsaan, penduduk Kampong Maklom menyertai Kayuhan Cintakan Negara yang diadakan baru-baru ini dengan seramai 50 kanak-kanak menyemarakkan semangat patriotisme dan memeriahkan Hari Kebangsaan ke-63 dalam program tersebut yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran hampir 200 orang penduduk tempatan.

Seramai 50 kanak-kanak sertai konvoi Kayuhan Cintakan Negara. Seramai 50 kanak-kanak sertai konvoi Kayuhan Cintakan Negara.



Program [email protected] anjuran Jabatan Penerangan Daerah Timur Laut telah mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Jalan Makloom dan turut disertai agensi keselamatan seperti Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pasukan Bomba Sukarela Jalan Perak, IPD Timur Laut, dan Persatuan Penduduk Kampong Makloom.

Program tersebut membabitkan 50 buah basikal dan motosikal dengan kayuhan sejauh 3 kilometer bermula di perkarangan Gelanggang Sepak Takraw Kampong Maklom, Jalan Makloom dan kembali semula ke tempat berkenaan dan telah dirasmikan oleh Presiden PEMENANG, Yusoff Latiff.

Ucapan perasmian oleh Presiden Pemenang, Mohd Yusoff Latiff. Ucapan perasmian oleh Presiden Pemenang, Mohd Yusoff Latiff.



“Tahun ini kita menyambut hari Kebangsaan ke 63 dan berharap generasi muda sekarang harus menghayati dan memahami sejarah Kemerdekaan Negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian dan Pelancaran Program tersebut.

Sementara itu, DSP IPD Daerah Timur Laut, Chee memberi taklimat ringkas tentang Pematuhan SOP dalam tempoh PKPP dan Jenayah Kecurian serta Jenayah Scam di sekitar daerah Timur Laut yang berlaku pada masa kini.

Taklimat khas Oleh DSP Chee. Taklimat khas Oleh DSP Chee.



Pelbagai aktiviti termasuk Kuiz Kenegaraan, Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik, Pelancaran Tabung Bantuan Baju Sekolah oleh Persatuan Penduduk Jalan Makloom serta Cabutan Bertuah telah disusun untuk pengunjung yang hadir.

-ii-