Wujud Hubungan Dua Hala Jelaskan Isu Semasa

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/(Kuala Nerus)/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA NERUS, 15 Sep (Malaysiaaktif) - Jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat dilihat mampu mewujudkan hubungan dua hala bagi memastikan dasar-dasar kerajaan disampaikan secara berkesan dan terus kepada golongan sasar.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu Saharrudin Mohamed, berkata selain itu kolaborasi antara agensi dengan masyarakat mencetuskan medium dan fenomena baharu bagi membantu jabatan mendapatkan maklumbalas terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan.

"Melalui kaedah turun padang, secara tidak langsung pegawai kerajaan menjadi duta kepada kerajaan yang mentadbir bagi menjelaskan pelbagai isu yang sering dipaparkan di media sosial.

Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang bergambar bersama warga Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dalam program `Community Action Programe’ di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus. Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang bergambar bersama warga Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dalam program `Community Action Programe’ di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus.



“Dengan penganjuran pelbagai program bersama komuniti setempat, agensi kerajaan lebih berpeluang untuk membantu kerajaan mengenai dasar kerajaan serta dapat menangkis berita palsu yang berleluasa di media sosial,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Community Action Programme, di sini baru baru ini.

Menurut Saharrudin, Community Action Programme adalah program anjuran JaPen Negeri Terengganu dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Teluk Ketapang membabitkan komuniti setempat dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memanah dan mengacau bubur asyura.

"Program ini berjaya menjalinkan hubungan kerjasama antara jabatan dengan ahli KRT selain menarik ramai belia untuk sama-sama menyertai program kemasyarakatan," katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, Md Azmi A. Aziz menyertai acara pertandingan memanah dalam program `Community Action Programme’ di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, Md Azmi A. Aziz menyertai acara pertandingan memanah dalam program tersebut di Kampung Teluk Ketapang, di sini.



Sementara itu, Pengerusi KRT Teluk Ketapang Md Azmi A. Aziz, berkata kolaborasi antara JaPen Negeri Terengganu dengan KRT mewujudkan kerjasama yang padu demi faedah dan kepentingan dua pihak.

"Pihak KRT turut bersedia membantu Japen Negeri Terengganu dalam menjelaskan dasar-dasar negara dan menangkis berita palsu kerana ahli KRT sentiasa berdamping dengan masyarakat.

Petugas menyediakan bubur Asyura yang dimasak secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada orang ramai. Petugas menyediakan bubur Asyura yang dimasak secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada orang ramai.



"Saya turut bercadang untuk meletakkan risalah terbitan JaPen Malaysia di homestay seliaan KRT dan usaha itu diharap dapat membantu masyarakat lebih memahami hala tuju kerajaan yang memerintah sekarang," katanya.

Seorang belia yang hadir pada program itu, Nor Anis Ahmad Redza, 23, berkata program seperti itu mampu menarik minat golongan belia seperti beliau untuk menyertai program melibatkan komuniti.

Juara pertandingan memanah kategori wanita, Nor Anis Aqilah Ahmad Redza, 23. Juara pertandingan memanah kategori wanita, Nor Anis Aqilah Ahmad Redza, 23.



"Akitiviti yang diadakan seperti memanah, membuatkan saya rasa amat teruja dan berharap program seperti ini boleh diadakan lagi," katanya.

Bagi Aisha Naziah Mohd Nadzir, 46, kehadiran beliau pada program itu adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Peserta pertandingan memanah, Aisha Naziah Mohd Nadzir, 46. Peserta pertandingan memanah, Aisha Naziah Mohd Nadzir, 46.



"Menyertai pertandingan memanah serta bergotong-royong mengacau bubur asyura adalah pengalaman baharu yang menyeronokkan dan berharap penganjuran program ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang berkesan dalam usaha kerajaan menjelaskan isu semasa kepada orang ramai," ujarnya.

-ii-