Yang Di Pertua Negeri Melaka Rasmikan Masjid Al-Faizin Paya Mengkuang

Laporan/foto: Rosli Husain (Melaka)

MELAKA, 15 Sep (Malaysiaaktif) - Sempena sambutan 100 hari perlantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berkenan menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al- Faizin Paya Mengkuang, Bukit Rambai baru-baru ini.WhatsApp Image 2020-09-14 at 08.55.03 (1)


Masjid baharu ini mula dibina pada Jun 2017 dan siap sepenuhnya pada Mei 2020 dan boleh memuatkan jemaah seramai 1200 orang. Kos pembinaan masjid ini sebanyak RM4.5 juta dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat dan bilik pengurusan jenazah.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam ucapannya berkata, pembinaan masjid ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri dibawah naungan Yang Di Pertua Negeri Melaka amat prihatin terhadap usaha usaha pembangunan Islam untuk memberi keselesaan dan kemudahan rakyat negeri ini untuk beribadah.


"Kesungguhan kerajaan dalam mewujudkan pembangunan seimbang antara pembangunan material dan pembangunan rohaniah amat penting kerana kedua-duanya merupakan kunci kebahagiaan hidup muslimin di dunia dan akhirat,” ujar Sulaiman.


Dalam majlis yang sama, seramai 25 orang anak kariah telah menerima sumbangan daripada Yang Di Pertua Negeri Melaka.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Mufti Kerajaan Negeri Sahibus Samahah Datuk Abdul Halim Tawil dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Md Rawi Mahmud.WhatsApp Image 2020-09-14 at 08.55.04


-KN