Kenali Malaysia Menerusi Lensa Baharu

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Norfazila Ahmad (Politeknik Nilai)

BANDAR ENSTEK, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Generasi baharu mestilah diberi kesedaran tentang semangat patriotik yang perlu disemai bagi memupuk rasa kecintaan tinggi terhadap negara.

Menurut Ketua Unit Komunikasi dan Korporat (UKK) Politeknik Nilai Norfazila Ahmad jika semangat patriotik sudah tiada lagi dalam sanubari mereka, ia akan memberikan impak negatif pada masa depan negara dan bangsa.

“Seluruh warga bersemangat dalam meraikan program pada hari ini walaupun ianya disambut secara sederhana berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, tetapi ia tidak seharusnya melunturkan semangat kemerdekaan dalam diri mereka,” katanya ketika ditemui selepas Program Kenali Negara Sayangi Negara di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai di sini, hari ini.

Tambah Norfazila, program santai berkonsepkan explorace kenegaraan yang menguji minda peserta akan pengetahuan terhadap Negara ini diadakan bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Politeknik Nilai Tahun 2020.

Program yang dihadiri 120 orang pelajar dan pensyarah Politeknik Nilai ini merupakan program anjuran Unit Komunikasi dan Korporat (UKK), Politeknik Nilai dengan kerjasama MyKampus Radio (MKR).

Antara pengisian lain dalam program ialah bacaan ikrar Rukun Negara, nyanyian lagu Patriotik dan aktiviti berkumpulan merdeka.

-AK