Raja Muda Perlis Cemar Duli Berbasikal di Melaka

Laporan/foto: Salwati Md Zam/ Rosli Husain (Melaka)

MELAKA, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis berkenan mencemar duli menyertai kayuhan basikal dalam Program Cyclejom Perlis Ride di sekitar Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Bandar Hilir Melaka baru-baru ini.


Menurut EXCO Pelancongan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Melaka, Muhammad Jailani Khamis yang mewakili Ketua Menteri Melaka, rakyat negeri Melaka berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Duli Yang Teramat Mulia Tunku memilih Melaka sebagai lokasi kayuhan basikal di luar negeri Perlis.


“Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tunku bagi aktiviti seperti ini akan mengukuhkan lagi hubungan yang sedia erat terjalin di antara Negeri Perlis dengan Negeri Melaka. Malah lawatan DiRaja ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan semangat persaudaraan di atara rakyat kedua-dua negeri," ujar Jailani.


Menurut laporan, ini merupakan kunjungan kali pertama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis serta anaknda Tuanku membuat kayuhan basikal di Negeri Melaka.


Turut hadir ke program berbasikal bersama keluarga DiRaja ini ialah Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.WhatsApp Image 2020-09-15 at 08.45.12


-KN