Kayuhan Hari Malaysia Semarakkan Rasa Cinta Negara

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai Kemaman dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kemaman telah berkolaborasi bagi menyemai rasa cinta dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan Kayuhan Hari Malaysia 2020 peringkat sekolah tersebut, baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Azlina Alias, yang ditemui berkata program sebegini diadakan bertujuan untuk memastikan kecergasan fizikal dan mental para peserta terutamanya para pelajar.

Para Peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru berkumpul sebelum memulakan Kayuhan Basikal. Para Peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru berkumpul sebelum memulakan Kayuhan Basikal.



"Program ini juga bertujuan agar para pelajar dapat merasai sendiri kepayahan para pejuang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara dengan cara peserta menghabiskan kayuhan basikal sejauh 29 kilometer itu," katanya.

Kayuhan yang bermula dari pekarangan sekolah tersebut bermula seawal pukul 7.30 pagi melibatkan kayuhan sepanjang 29 kilometer dan telah melalui beberapa mukim dalam Daerah Kemaman.

Antara mukim yang terlibat ialah Mukim Binjai, Mukim Chukai, Mukim Ibok, Mukim Hulu Chukai dan Mukim Pasir Semut seterusnya berakhir di SMK Binjai.

Guru Penolong Kanan Ko- Kurikulum, Azlina Alias berkata, program sebegini adalah bertujuan memastikan kecergasan fizikal dan mental para peserta terutamanya pelajar. Guru Penolong Kanan Ko- Kurikulum, Azlina Alias berkata, program sebegini adalah bertujuan memastikan kecergasan fizikal dan mental para peserta terutamanya pelajar.



Katanya, program kayuhan basikal ini merupakan program terakhir sempena Sambutan Hari Kebangsaan di sekolah SMK Binjai, Kemaman.

"Sebelum ini kami telah mengadakan kuiz kenegaraan secara atas talian,Cipta video Kemerdekaan atas talian dan Cipta Tema Hari Kemerdekaan atas talian berikutan negara kita sedang menghadapi ancaman pandemik COVID-19."

Seramai 70 orang peserta terlibat dalam kayuhan tersebut yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru.

Pegawai Penerangan daerah Kemaman, Mohd. Fadli Muhd Yusof ketika berucap dalam perasmian penutup. Pegawai Penerangan daerah Kemaman, Mohd. Fadli Muhd Yusof ketika berucap dalam perasmian penutup.



Menurut Adam Daniel Adi, 13, yang merupakan pelajar Tingkatan 1 sekolah tersebut, beliau merasa teruja kerana dapat menyertai program kayuhan ini kerana dapat menguji kemampuan fizikalnya untuk menghabiskan kayuhan sejauh 29 kilometer itu.

"Mengayuh basikal sejauh 29 kilometer pun sukar untuk saya habiskan, pada pendapat saya tahap kesukaran yang dialami oleh generasi dahulu amatlah tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah," ujarnya Adam Daniel.

Bergambar kenangan setelah selesai program. Bergambar kenangan setelah selesai program.



Majlis penutupan program tersebut disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd. Fadli Muhd Yusof.

Mohd. Fadli dalam ucapan penutupnya memberi fokus kepada Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2020 dan bahaya jenayah siber.

Beliau juga menyarankan agar para pelajar berhati-hati sebelum sebar sesuatu perkara di media sosial dengan memastikan isu atau berita benar-benar sahih sebelum ditularkan.

-ii-