Puisi dan Kuiz Semarakkan Sambutan Hari Malaysia SMK Saujana Indah

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 15 Sep (Malaysiaaktif) - Semangat patriotik dan cintakan tanah air dizahirkan melalui Pertandingan puisi dan Kuiz Kenegaraan pada Program [email protected] anjuran Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan(SPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini hari ini.

Ucapan oleh Pengetua SMK Saujana Indah, Zulkifli Salleh. Ucapan oleh Pengetua SMK Saujana Indah, Zulkifli Salleh.



Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Zulkifli Salleh, ketika menyempurnakan Program [email protected] berkata Program anjuran Jabatan Penerangan dilihat mampu beri impak positif serta mengajak pelbagai golongan lapisan masyarakat menggelorakan sambutan Hari Malaysia ketika ini.

"Program ini diadakan bagi menanam sikap patriotik dikalangan masyarakat disamping dapat mengukuhkan perpaduan diantara satu sama lain," katanya.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Puisi Merdeka, Kuiz Kenegaraan dan Video Pendek Merdeka. Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Puisi Merdeka, Kuiz Kenegaraan dan Video Pendek Merdeka.



Menurut Guru Penyelaras Kelab, Fadilah Ishak, program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana mendapat sambutan baik dan mampu mencungkil bakat terpendam para pelajar.

Guru dan pelajar semarakkan sambutan Hari Malaysia dalam Program Merdeka@Komuniti. Guru dan pelajar semarakkan sambutan Hari Malaysia dalam Program [email protected]



Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Saujana Indah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Puisi Merdeka, Video Pendek Merdeka, Kuiz Kenegaraan dan lain-lain.

-ii-