Kerajaan Negeri Komited Bantu Rakyat Terjejas COVID-19

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

MERU, 16 Sep (Malaysiaaktif) - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan tahun 2020 adalah tempoh yang amat mencabar apabila dunia diancam pandemik COVID-19 dan badai krisis kesihatan global di luar jangka melanda serentak dengan badai ekonomi.

“Penularan virus yang mengancam nyawa ini memaksa kerajaan untuk mengambil langkah drastik melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menyekat aktiviti ekonomi negara.

"Bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, badan korporat, badan sukarelawan dan individu telah tampil membantu jentera kerajaan dan golongan sasar,” katanya ketika berucap Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Negeri Perak, di sini semalam.

Faizal ketika berucap sempena majlis, di sini. Faizal ketika berucap sempena majlis, di sini.



Dalam pada itu, Faizal turut berbesar hati penubuhan Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak mendapat pekenan Tuanku Sultan.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Tuanku Sultan Perak kerana telah memperkenankan penubuhan Mahkamah Utama Syariah di negeri ini.

"Alhamdulillah, sejarah tercipta apabila Mahkamah Utama Syariah ini telah bersidang buat kali pertama pada bulan Julai yang lalu sekaligus meletakkan Perak sebagai satu-satunya negeri yang memiliki empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah negara,” katanya.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke majlis semalam sebelum menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Hari Kebangsaan.

-SH