Lebih 200 Peserta Meriahkan Kayuhan Sihat Lembah Acheh

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Udang, Abu Bakar Md Nor dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), PDRM, Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perpaduan dan Jabatan Pertahanan Awam telah bersama-sama menganjurkan Program Kayuhan Lembah Acheh di sekitar Sungai Acheh dengan jarak sejauh 20 kilometer.

“Program ini diadakan bertujuan mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup sihat secara santai berkumpulan atau bersama keluarga,” kata Abu Bakar Md Nor semasa Majlis Pelepasan Program Kayuhan tersebut dengan 200 peserta yang telah diadakan di Dewan Perda Sg Acheh.

Pegawai Penerangan Daerah SPS serta petugas-petugas mengedarkan pelitup muka, cecair pencuci tangan dan bahan penerbitan kepada semua peserta program. Pegawai Penerangan Daerah SPS serta petugas-petugas mengedarkan pelitup muka, cecair pencuci tangan dan bahan penerbitan kepada semua peserta program.



"Kita perlu mengamalkan cara hidup sihat untuk menjaga kesihatan diri serta keluarga dengan pendamik Covid 19 yang sedang melandai sekarang. Penjagaan kesihatan adalah penting untuk kita bersama-sama memainkan peranan memerangai penyakit ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, pihak penganjur mematuhi segala bentuk SOP yang telah digariskan oleh MKN serta menerima khidmat nasihat dari pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Kesihatan.

Pelepasan peserta Program Kayuhan Lembah Sg Acheh disempurnakan oleh Pengerusi Kawasan KRT Sungai Udang, Abu Bakar Md Nor di Dewan Perda Sungai Acheh. Pelepasan peserta Program Kayuhan Lembah Sg Acheh disempurnakan oleh Pengerusi Kawasan KRT Sungai Udang, Abu Bakar Md Nor di Dewan Perda Sungai Acheh.



Sementara itu, Pejabat Penerangan Daerah SPS juga turun padang dengan mengedarkan bahan-bahan penerbitan dalam Sesi Taklimat kepada peserta mengenai kepentingan mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian dan menyediakan pelitup muka dan cecair mencuci tangan kepada semua peserta.

Kawalan keselamatan oleh PDRM dalam Program Kayuhan Lembah Sungai Acheh. Kawalan keselamatan oleh PDRM dalam Program Kayuhan Lembah Sungai Acheh.



Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra Pulau Pinang (ICU Jabatan Perdana Menteri), Rosli Osman, telah menyempurnakan cabutan bertuah bagi hadiah utama yang merupakan sebuah basikal serta sebanyak 60 hadiah lain dalam program ini.

Pemenang hadiah utama cabutan bertuah dalam Program Kayuhan Lembah Sungai Acheh. Pemenang hadiah utama cabutan bertuah dalam Program Kayuhan Lembah Sungai Acheh.



-ii-